Terkini
Kerajaan mansuhkan subsidi menyeluruh secara berperingkat – Rafizi
Kerajaan kini secara berperingkat memansuhkan sistem subsidi menyeluruh ke arah sistem subsidi bersasar, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

- Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata peralihan fasa ke fasa ke arah sistem subsidi yang disasar memerlukan pembiayaan dan dasar fiskal yang betul.
- “Subsidi menyeluruh sudah menjadi ciri dalam ekonomi Malaysia selama beberapa dekad. Bukan perkara mudah untuk cuba perlahan-lahan membawa semua orang untuk menghapuskan sistem subsidi menyeluruh tetapi kerajaan telah melakukannya.”
- “Saya berasa amat lega kita mengambil langkah itu dan teguh bertahan dalam tempoh enam bulan lalu. Bagi subsidi elektrik ia telahpun dilakukan dan seterusnya kita akan beralih kepada subsidi diesel dan petrol. Ia juga merupakan satu cabaran untuk mencapai keseimbangan antara pembiayaan dan keupayaan,” katanya.
KUALA LUMPUR – Kerajaan kini secara berperingkat memansuhkan sistem subsidi menyeluruh ke arah sistem subsidi bersasar, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata peralihan fasa ke fasa ke arah sistem subsidi yang disasar memerlukan pembiayaan dan dasar fiskal yang betul.
“Subsidi menyeluruh sudah menjadi ciri dalam ekonomi Malaysia selama beberapa dekad. Bukan perkara mudah untuk cuba perlahan-lahan membawa semua orang untuk menghapuskan sistem subsidi menyeluruh tetapi kerajaan telah melakukannya.
“Saya berasa amat lega kerana kita telah mengambil langkah itu dan teguh bertahan dalam tempoh enam bulan lalu. Bagi subsidi elektrik ia telahpun dilakukan dan seterusnya kita akan beralih kepada subsidi diesel dan petrol. Ia juga merupakan satu cabaran untuk mencapai keseimbangan antara pembiayaan dan keupayaan,” katanya.
Rafizi berkata demikian pada sesi peringkat menteri mengenai “Policies and Pathways for Sustainable Asia” di persidangan Energy Asia 2023 yang berlangsung di sini, hari ini. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN