Connect with us

Terkini

Kenapa negara masih tidak iktiraf teks perlembagaan dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan – Haniff Khatri

Malaysia masih menggunakan tafsiran perlembagaan dalam bahasa Inggeris dan berterusan mempertikai status kesahihan teks perlembagaan dalam bahasa Melayu walaupun selepas 66 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Hanani Zulkifli

Published

on

Kenapa negara masih tidak iktiraf teks perlembagaan dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan – Haniff Khatri
Foto: Pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla.
  • Malaysia masih menggunakan tafsiran perlembagaan dalam bahasa Inggeris dan berterusan mempertikai status kesahihan teks perlembagaan dalam bahasa Melayu walaupun selepas 66 tahun negara mencapai kemerdekaan.
  • Pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla menyifatkan situasi itu sebagai sesuatu memilukan, malah merugikan bagi sebuah negara yang mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan. 
  • “Banyak kita bincang (semasa sesi dialog ini) untuk perkasakan bahasa Melayu, tetapi undang-undang tertinggi di mana-mana negara adalah Perlembagaan Persekutuan. Akta Parlimen berada di bawah. Regulasi-regulasi, arahan-arahan kementerian itu lagi bawah,” katanya pada Sesi Dialog Randau ke-17 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Wisma MPM pada 3 Jun lalu. 

KUALA LUMPUR – Malaysia masih menggunakan tafsiran perlembagaan dalam bahasa Inggeris dan berterusan mempertikai status kesahihan teks perlembagaan dalam bahasa Melayu walaupun selepas 66 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla menyifatkan situasi itu sebagai sesuatu memilukan, malah merugikan bagi sebuah negara yang mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan. 

“Banyak kita bincang (semasa sesi dialog ini) untuk perkasakan bahasa Melayu, tetapi undang-undang tertinggi di mana-mana negara adalah Perlembagaan Persekutuan. Akta Parlimen berada di bawah. Regulasi-regulasi, arahan-arahan kementerian itu lagi bawah,” katanya pada Sesi Dialog Randau ke-17 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Wisma MPM pada 3 Jun lalu. 

Haniff Khatri berkata teks perlembagaan bahasa Melayu sudah terbukti sah di sisi undang-undang sejak tarikh pelancaran Teks Perlembagaan Persekutuan Bahasa Kebangsaan pada 29 September 2003 yang dirasmikan Yang di-Pertuan Agong ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail. 

Justeru, katanya, bukti kesahihan status perlembagaan Bahasa Melayu itu bersandarkan pada Perkara 160(B) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, ‘Jika Perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan teks bahasa kebangsaan itu sebagai teks sahih, dan selepas itu, jika ada percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa kebangsaan itu dengan bahasa Inggeris Perlembagaan ini, teks bahasa kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris’.

“Mana boleh Agong mencemar duli macam itu sahaja. Mesti atas  urusan rasmi. Apabila Agong hadir dengan urusan rasmi dan melancarkan teks bahasa Melayu, itulah dia penetapan.

“Tidak dinyatakan pula dalam 160(b) kena ada gazette (warta). Sedangkan undang-undang lain ada peruntukannya perlu digazetkan,” katanya.

Situasi itu membuatkan beliau hairan bagaimana sesuatu yang jelas penetapannya  masih menjadi pertikaian dalam kalangan pemegang taruh di negara ini.

Haniff Khatri bersetuju beberapa langkah kerajaan sebelum ini bagi memperkasa bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Namun, katanya, langkah terbaik seharusnya bermula dari peringkat tempatan dengan menjadikan perlembagaan bahasa Melayu perlembagaan rasmi negara terlebih dahulu.  

Kenyataan peguam kanan itu membenarkan kata-kata Pengerusi Bersama Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Datuk Dr Zainal Kling dalam sesi dialog sama bahawa Malaysia masih berada dalam minda terjajah – The Merdeka Times  

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending