Connect with us

Antarabangsa

Keluarga Muslim dipukul kumpulan bersenjata ketika berkelah di taman

Sebuah keluarga Muslim dipukul dan diserang secara perkauman oleh kumpulan bersenjata ketika mereka sedang berkelah di sebuah taman, kata Polis West Midlands.

Wartawan TMT

Published

on

Keluarga Muslim dipukul kumpulan bersenjata ketika berkelah di taman
Foto: Sebuah keluarga Muslim dipukul dan diserang secara perkauman oleh kumpulan bersenjata ketika mereka sedang berkelah di sebuah taman.
  • Sebuah keluarga Muslim dipukul dan diserang secara perkauman oleh kumpulan bersenjata ketika mereka berkelah di sebuah taman, kata Polis West Midlands.
  • Dalam insiden perkauman itu, dua individu cedera di kepala dan muka selepas mereka diserang di sebuah taman di Walsall, West Midlands, United Kingdom (UK) pada Ahad.
  • Polis West Midlands pada Rabu berkata empat lelaki, berumur 38, 39, 55 dan 58 tahun, ditangkap kerana disyaki melakukan serangan itu dan masih ditahan.
  • Pihak berkuasa meminta orang ramai tidak menyebarkan video serangan ‘menyedihkan’ itu yang dikongsikan di media sosial (Tiktok).

Sebuah keluarga Muslim dipukul dan diserang secara perkauman oleh kumpulan bersenjata ketika mereka sedang berkelah di sebuah taman, kata Polis West Midlands.

Menurut laporan Daily Mail, dua individu cedera di kepala dan muka selepas mereka diserang di sebuah taman di Walsall, West Midlands, United Kingdom (UK) pada Ahad.

Polis West Midlands pada Rabu berkata empat lelaki, berumur 38, 39, 55 dan 58 tahun, ditangkap kerana disyaki melakukan serangan itu dan masih ditahan.

“Ini adalah penyiasatan yang sangat aktif dan penahanan ini merupakan langkah penting untuk dikemukakan dalam siasatan kami.

“Mangsa adalah sebahagian daripada keluarga yang sedang menikmati perkelahan dan kami memahami kebimbangan yang timbul dalam masyarakat.

“Kami bekerja sangat rapat dengan keluarga itu dan berterima kasih atas semua sokongan diterima daripada komuniti yang lebih luas untuk membolehkan kami memberi tumpuan sepenuhnya dalam siasatan.

“Adalah penting semua orang bertenang supaya pegawai kami dapat meneruskan tumpuan, tanpa gangguan lain, dan membawa mereka terbabit dalam insiden ngeri ini ke muka pengadilan,” kata Ketua Supritendan Polis Walsall, Phil Dolby.

Polis berkata rondaan akan kekal di kawasan itu untuk meyakinkan penduduk dan menggesa sesiapa mempunyai maklumat mengenai serangan itu tampil ke hadapan.

Mereka juga meminta orang ramai tidak menyebarkan video serangan ‘menyedihkan’ itu yang dikongsikan di media sosial (Tiktok).

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending