Connect with us

Terkini

Jocelyn Chia sebarlah kasih sayang, bukan kebencian – Lee Chong Wei

Pelawak komediri, Jocelyn Chia sepatutnya menyebarkan kasih sayang dan bukannya kebencian melalui persembahan lawaknya, kata legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.

Adam Tan

Published

on

Jocelyn Chia sebarlah kasih sayang, bukan kebencian – Lee Chong Wei
Foto: Legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.
  • Pelawak komediri, Jocelyn Chia sepatutnya menyebarkan kasih sayang dan bukannya kebencian melalui persembahan lawaknya, kata legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.
  • Chong Wei berkata demikian dalam hantaran di Facebook sambil menyatakan beliau tidak setuju dengan cara Jocelyn Chia membuat lawak membandingkan  Singapura dan Malaysia.
  • Hantaran Chong Wei itu mendapat maklum balas daripada pelawak Singapura, Wang Lei dan Jack Neo yang turut meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

Pelawak komediri, Jocelyn Chia sepatutnya menyebarkan kasih sayang dan bukannya kebencian melalui persembahan lawaknya, kata legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei berkata demikian dalam hantaran di Facebook sambil menyatakan beliau tidak setuju dengan cara Jocelyn Chia membuat lawak membandingkan Singapura dan Malaysia.

Dalam hantaran FB itu, Chong Wei turut menandakan (tag) empat pelawak dari Singapura iaitu Jack Neo, Mark Lee Kok Huang, Wang Lei dan Thia Henry.

“Haiya…. buat lawak murahan ka? Rakyat Malaysia dan Singapura sentiasa saling menyayangi. Mengapa begitu, mengapa begitu?

“Jack Neo, Mark Lee Kok Huang, Wang Lei, Thia Henry … jangan kata ini salah seorang anak murid atau adik-beradik kalian hor… lol… ” kata Chong Wei.

Chong Wei juga mengajak orang ramai, termasuk pelawak wanita itu, menyebarkan kasih sayang dan bukannya kebencian. 

Katanya, hubungan antara Singapura dan Malaysia bagai isi dengan kuku.

“Sebarkan kasih sayang bukan kebencian. Jika kamu tak tahu buat lawak, maka sila jangan buat apa-apa.

“Just sit back and relax and let the names I mentioned do their work,” kata Chong Wei merujuk kepada rakannya di Singapura.

Foto: Maklumat balas pelawak Singapura kepada hantaran Datuk Lee Chong Wei.

Hantaran Chong Wei itu mendapat maklum balas daripada pelawak Singapura, Wang Lei dan Jack Neo.

“Minta maaf, dia (Jocelyn Chia) keterlaluan. Saya sebagai artis komedi, tidak pernah membuat lawak melibatkan politik, agama atau kaum. Maaf kepada semua rakyat Malaysia,” kata Wang Lei

“Apa sudah jadi,” demikian pula maklum balas pelawak dari Singapura, Jack Neo. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Datuk Lee Chong Wei

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending