Antarabangsa
Jerat kanak-kanak 9 tahun untuk hubungan seksual, bekas penerbit CNN dipenjara 19 tahun
Bekas penerbit CNN, John Griffin mengaku bersalah menjerat kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun untuk melakukan hubungan seksual dengannya.

- Bekas penerbit CNN, John Griffin mengaku bersalah menjerat kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun untuk melakukan hubungan seksual dengannya.
- Pada 20 Jun lalu, dia dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun dengan tambahan 15 tahun pembebasan di bawah pengawasan bagi kesalahan jenayah itu.
- Griffin mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan pada Disember lalu kerana menggunakan ‘perdagangan antara negeri’ untuk menggoda dan memaksa kanak-kanak perempuan itu melakukan aktiviti seksual di rumah skinya di Vermont.
- Menurut CNN, Griffin telah bekerja selama lapan tahun dengan rangkaian saluran berita itu sebelum pemecatannya selepas ditahan pihak berkuasa pada 10 Disember 2021.
Bekas penerbit CNN, John Griffin mengaku bersalah menjerat kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun untuk melakukan hubungan seksual dengannya.
Pada 20 Jun lalu, dia dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun dengan tambahan 15 tahun pembebasan di bawah pengawasan bagi kesalahan jenayah itu.
Griffin mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan pada Disember lalu kerana menggunakan ‘perdagangan antara negeri’ untuk menggoda dan memaksa kanak-kanak perempuan itu melakukan aktiviti seksual di rumah skinya di Vermont.
Kes ‘perdagangan antara negeri’ adalah di bawah kuasa Mahkamah Persekutuan kerana jenayah terkait melibatkan rentasan beberapa negeri.
Berdasarkan perjanjian pengakuan salahnya pada 2022, kerajaan memutuskan untuk menggugurkan dua tuduhan lain ke atasnya, yang ketika itu berusia 45 tahun.
Griffin pada mulanya tidak mengaku bersalah pada 2021 dan diarahkan membayar ganti rugi kepada mangsa-mangsa.
Berdasarkan pengakuannya itu, Griffin bertemu seorang wanita di laman web pada musim panas 2020 serta memujuknya membawa anak perempuannya ke rumahnya di Ludlow, Vermont, untuk aktiviti seksual.
Bekas penerbit CNN itu ditangkap pada 10 Disember 2021 iaitu sehari selepas beliau didakwa pihak juri.
Menurut CNN, Griffin telah bekerja selama lapan tahun dengan rangkaian saluran berita itu sebelum pemecatannya selepas ditahan pihak berkuasa.
Sumber: AP News
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas