Antarabangsa
(VIDEO) Jemaah haji perlu patuhi garis panduan baharu untuk bergambar
Jemaah haji yang ingin mengambil gambar atau video di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah perlu mematuhi garis panduan baharu dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

- Jemaah haji yang ingin mengambil gambar atau video di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah perlu mematuhi garis panduan baharu.
- Garis panduan baharu itu dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menerusi Twitter.
- Ia bertujuan memastikan kelancaran dan tidak mengganggu privasi jemaah lain.
- Salah satunya peraturan itu ialah jemaah tidak boleh terlalu lama berada di kawasan sesak kerana ia boleh menghalang laluan jemaah lain dan menjejaskan pergerakan di dalam tapak suci.
Jemaah haji yang ingin mengambil gambar atau video di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah perlu mematuhi garis panduan baharu dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Memetik laporan IQNA, kementerian itu berkata garis panduan tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengalaman haji dan memelihara kesucian tapak suci.
Mereka juga mengingatkan jemaah haji supaya menumpukan ibadah dan khusyuk mereka semasa ibadah haji.
View this post on Instagram
Dalam satu ciapan di Twitter, kementerian itu meminta jemaah haji mematuhi beberapa adab ketika mengambil gambar agar tidak mengganggu atau membahayakan jemaah lain.
Salah satunya ialah jemaah tidak boleh terlalu lama berada di kawasan sesak kerana ia boleh menghalang laluan jemaah lain dan menjejaskan pergerakan di dalam tapak suci.
Mereka juga harus menjauhi laluan yang ditetapkan dan tidak menghalang kelancaran orang ramai.
Selain itu, jemaah diperingatkan untuk berhati-hati ketika mengambil gambar dan tidak merakam imej yang boleh mengganggu ruang peribadi jemaah lain.
Saranan itu dibuat memandangkan lebih sejuta jemaah tiba di Arab Saudi untuk menunaikan haji tahun ini selepas sekatan jumlah jemaah haji dikenakan sejak tiga tahun lalu akibat pandemik Covid-19 ditarik balik.
Sumber: IQNA, Twitter Ministry of Hajj and Umrah
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas