Connect with us

Terkini

Isu saiz perkhidmatan awam tidak wajar diperdebatkan – Cuepacs

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meluahkan rasa kesal apabila perkhidmatan awam sering kali dilibatkan dalam pertelingkahan politik hingga memberikan gambaran yang tidak baik kepada masyarakat.

Wartawan TMT

Published

on

Isu saiz perkhidmatan awam tidak wajar diperdebatkan – Cuepacs
Foto: Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat.
  • Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meluahkan rasa kesal apabila perkhidmatan awam dilibatkan dalam pertelingkahan politik memberikan gambaran tidak baik kepada masyarakat.
  • Presidennya, Datuk Adnan Mat menasihatkan, semua pihak terutama pemimpin-pemimpin politik tidak membangkitkan lagi isu berkaitan saiz perkhidmatan awam yang seringkali didakwa membebankan kerajaan.
  • “Adalah tidak adil membuat kenyataan terbuka yang mengguriskan hati penjawat awam dan hanya sekadar membuat permohonan maaf sebagai penyelesaian sedangkan ‘kerosakan’ telah berlaku.
  • “Cuepacs ingin menegaskan sekali lagi bahawa saiz perkhidmatan awam negara masih ideal dan tidak terlalu besar berbanding negara lain seperti yang sering dimomokkan,” katanya.

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meluahkan rasa kesal apabila perkhidmatan awam sering kali dilibatkan dalam pertelingkahan politik hingga memberikan gambaran yang tidak baik kepada masyarakat.

Presidennya, Datuk Adnan Mat menasihatkan, semua pihak terutama pemimpin-pemimpin politik tidak membangkitkan lagi isu berkaitan saiz perkhidmatan awam yang seringkali didakwa membebankan kerajaan.

“Adalah tidak adil membuat kenyataan terbuka yang mengguriskan hati penjawat awam dan hanya sekadar membuat permohonan maaf sebagai penyelesaian sedangkan ‘kerosakan’ telah berlaku.

“Cuepacs ingin menegaskan sekali lagi bahawa saiz perkhidmatan awam negara masih ideal dan tidak terlalu besar berbanding negara lain seperti yang sering dimomokkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam

Menurut Adnan, jumlah penjawat awam kira-kira 1.6 juta orang ketika ini turut membabitkan sektor pendidikan, pasukan keselamatan dan tenaga kerja kesihatan yang lazimnya tidak diambil kira sebagai kakitangan awam di negara-negara lain.

“Sekiranya ketiga-tiga sektor ini tidak diambil kira, ia hanya membabitkan kira-kira 600,000 kakitangan sahaja dalam perkhidmatan awam.

“Selebihnya adalah mereka yang bertugas dalam sektor kesihatan, keselamatan dan kesihatan yang wajib ada bagi memberikan perkhidmatan kepada rakyat,” ujarnya.

Bahkan katanya, kakitangan di ketiga-tiga sektor ini tidak mencukupi kerana masih banyak lagi petugas di sekolah, hospital, klinik serta pasukan keselamatan (tentera dan polis) diperlukan.

“Nasihat Cuepacs kepada semua pihak, berhentilah berbahas dengan isu yang sememangnya kita sudah ketahui fakta dan kebenarannya tetapi sengaja dibangkitkan demi kepentingan peribadi.

“Janganlah dilihat penjawat awam sebagai ‘musuh’ sebaliknya hargailah mereka sebagai tulang belakang yang banyak berjasa dalam memastikan pentadbiran negara lancar,” tambahnya.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending