Connect with us

Terkini

Isu lawak Jocelyn Chia: Nazri Aziz minta rakyat Malaysia ‘chill’, jangan cepat terasa

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Nazri Aziz meminta semua rakyat Malaysia yang kecewa dan marah dengan apa yang dikatakan oleh pelawak Jocelyn Chia untuk lebih bertenang.

Wartawan TMT

Published

on

Isu lawak Jocelyn Chia: Nazri Aziz minta rakyat Malaysia ‘chill’, jangan cepat terasa
Foto: Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Nazri Aziz.
  • Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Nazri Aziz meminta semua rakyat Malaysia yang kecewa dan marah dengan apa yang dikatakan oleh pelawak Jocelyn Chia untuk lebih bertenang.
  • Beliau memberitahu Sinar Daily bahawa rakyat Malaysia dan mereka yang naik angin dengan bahan Chia untuk tidak menjadi seseorang yang mudah marah dengan kritikan atau mengambil sikap tenang.
  • “Komen saya (mengenai perkara itu) kenapa tidak ambil batu letakkan di atas tanah dan kemudian kata ini kepala bapa kamu dan kemudian pijak kaki kamu di atasnya!” katanya dalam mesej teks kepada Sinar Daily.
  • Terdahulu, Jocelyn dikecam rakyat Malaysia selepas perkongsian video dia membuat persembahan di Comedy Cellar, New York menjadikan insiden MH370 sebagai bahan jenaka.

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Nazri Aziz meminta semua rakyat Malaysia yang kecewa dan marah dengan apa yang dikatakan oleh pelawak Jocelyn Chia untuk lebih bertenang.

Beliau memberitahu Sinar Daily bahawa rakyat Malaysia dan mereka yang naik angin dengan bahan Chia untuk tidak menjadi seseorang yang mudah marah dengan kritikan atau mengambil sikap tenang.

“Komen saya (mengenai perkara itu) kenapa tidak ambil batu letakkan di atas tanah dan kemudian kata ini kepala bapa kamu dan kemudian pijak kaki kamu di atasnya!” katanya dalam mesej teks kepada Sinar Daily.

Terdahulu, Jocelyn dikecam rakyat Malaysia selepas perkongsian video dia membuat persembahan di Comedy Cellar, New York menjadikan insiden MH370 sebagai bahan jenaka.

Dalam masa yang sama, kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang dikatakan berasal dari negara itu.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, beliau sangat terkejut dengan komen-komen menyinggung yang dibuat oleh Jocelyn dalam sebuah pementasan komedi berdiri baru-baru ini, petik Astro Awani.

“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala dalam satu kenyataan pada Rabu.

Untuk rekod, sebelum dilantik sebagai duta, Nazri adalah Ahli Parlimen Padang Rengas, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang.

Sumber: Vocket

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending