Terkini
Isu caj rawatan RM1: Kerajaan dikhuatiri tidak mampu tanggung kos kesihatan rakyat
Kerajaan dikhuatiri tidak mampu menampung kos rawatan rakyat sekiranya caj rawatan di Klinik Kesihatan dikekalkan pada RM1 dalam tempoh masa lebih panjang.
- Kerajaan dikhuatiri tidak mampu menampung kos rawatan rakyat sekiranya caj rawatan di Klinik Kesihatan dikekalkan pada RM1 dalam tempoh masa lebih panjang.
- Bekas Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata kos mengutip bayaran RM1 itu jauh lebih tinggi berbanding daripada hasil kutipan tersebut.
- Kerajaan diharap mempertimbangkan menaikkan harga bayaran itu apabila caj rawatan ketika ini dilihat tidak lagi relevan.
- “Jadi salah satu cara paling baik itulah naikkan sedikit walaupun naikkan RM5 ke RM10 ringgit ke…ia bukan dapat banyak pun tapi sekurang-kurangnya boleh tampung sedikit (kos perbelanjaan) jadi kerajaan memang tak mampulah tak boleh dah nak berterusan dengan RM1 itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times.
- Seorang pengamal perubatan yang ingin identitinya dirahsiakan, bagaimanapun tidak bersetuju caj rawatan RM1 di Klinik Kesihatan dinaikkan.
- Katanya, tiada sebarang caj sepatutnya dikenakan untuk rakyat mendapatkan rawatan kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan.
KUALA LUMPUR — Kerajaan dikhuatiri tidak mampu menampung kos rawatan rakyat sekiranya caj rawatan di Klinik Kesihatan dikekalkan pada RM1 dalam tempoh masa lebih panjang.
Bekas Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata kos mengutip bayaran RM1 itu jauh lebih tinggi berbanding daripada hasil kutipan tersebut.
Berikutan itu, beliau mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar bayaran tersebut memandangkan caj rawatan ketika ini dilihat tidak lagi relevan.
“Sekarang ini pun kos semakin tinggi, bajet kita tambah macam mana pun takkan cukup tapi kalau kerajaan nak tambah pun dia terpaksa kurangkan benda lain (dari sudut) pelajaran, pertahanan ke macam-macam lah.
“Jadi salah satu cara yang paling baik itulah naikkan sedikit walaupun naikkan RM5 ke RM10 ringgit ke…ia bukan dapat banyak pun tapi sekurang-kurangnya boleh tampung sedikit (kos perbelanjaan) jadi kerajaan memang tak mampulah tak boleh dah nak berterusan dengan RM1 itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times.
Beliau yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam berkata demikian ketika mengulas gesaan beberapa pihak meminta caj rawatan RM1 di Klinik Kesihatan dinaikkan kerana caj sedia ada didakwa tidak relevan terutama ketika ini nilai kos semakin meningkat.
Terdapat juga pihak berpandangan gara-gara caj dikenakan terlalu rendah, segelintir klinik masih berada dalam keadaan daif, fasiliti tidak cukup dan sebagainya.
Mencadangkan kenaikan bayaran itu, Dr Zainal tidak menafikan majoriti rakyat sedang bergelut dengan masalah ekonomi.
Katanya, jika kerajaan dapat menangani isu tersebut dengan betul, maka rakyat akan menyokong perkara itu walaupun perlu ‘berkorban’ menghadapi kenaikan caj rawatan di Klinik Kesihatan.
“Tapi kalau betul-betul payah (susah) B40 atau bawah B40 kerajaan kena ada mekanisme lain jugalah bantu mereka dengan bagi kupon sebagainya tapi memang tak logik kita maintain harga itu… saya rasa jangan takut kepada rakyat memang kita kena naikkan sedikit .
“Sebab apa? Kalau kita tunggu seperti ini kerajaan pun tak mampu buat nanti dia punya perkhidmatan makin teruk kos semakin tinggi nak bayar elaun pekerja lagi jadi rakyat juga kena tanggung dapat perkhidmatan yang merosot dan terus merosot kualitinya. (Rakyat) Kena faham dan berkorban sedikit,” katanya pada Jumaat.
Seorang pengamal perubatan yang ingin identitinya dirahsiakan bagaimanapun tidak bersetuju caj rawatan RM1 di Klinik Kesihatan dinaikkan.
Beliau berpandangan sepatutnya tiada sebarang caj dikenakan untuk mendapatkan rawatan kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan.
“Jika seorang ayah tak bagi pendidikan dan kesihatan kepada anaknya secara percuma bahkan anaknya pula yang kena bayar, perlu kah ada ayah itu?
“Peranan ayah dan kerajaan itu lebih kurang sama, si ayah lah yang menyekolahkan dan memberi perlindungan kesihatan sebab itu tanggungjawabnya, kenapa pulak si ayah nak mengeluh dan nak charge pula pada anak?” katanya. — The Merdeka Times
Terkini
JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
- “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
- Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.
“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.
Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.
Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.
Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.
Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).
Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.
Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ
-
Kolumnis2 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini3 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR