Connect with us

Antarabangsa

Israel serbu sekolah Palestin, ancam tembak murid dan guru

Pasukan pendudukan Israel menyerbu dan mengancam menembak murid serta guru di sebuah sekolah rendah Palestin di bandar Beitunia, barat Ramallah di Tebing Barat yang diduduki.

Wartawan TMT

Published

on

Israel serbu sekolah Palestin, ancam tembak murid dan guru
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pasukan pendudukan Israel menyerbu dan mengancam menembak murid serta guru di sebuah sekolah rendah Palestin di bandar Beitunia, barat Ramallah di Tebing Barat yang diduduki.
  • Menurut agensi berita Wafa, tentera pengganas Israel menyerbu Sekolah Rendah Al-Kurom dan menyoal siasat murid dan guru sambil mengacukan senjata, serta mengancam menembak mereka yang cuba melarikan diri.
  • Serangan ke atas sekolah adalah amalan biasa pengganas Israel, termasuk menghalang akses serta mengugut pelajar termasuk menempatkan pasukan tentera di kawasan sekitar.
  • Tindakan zalim itu berlaku selepas 10 negara Eropah, termasuk Belgium, Perancis, Itali, Sepanyol, Sweden, United Kingdom, Denmark, Finland, Jerman, Ireland dan Pejabat Kesatuan Eropah (EU) ke Tebing Barat serta Gaza, bagi menggesa Israel menghentikan dasar perobohan rumah dan rampasan harta benda Palestin di wilayah yang diduduki.

TEBING BARAT – Pasukan pendudukan Israel menyerbu dan mengancam menembak murid serta guru di sebuah sekolah rendah Palestin di bandar Beitunia, barat Ramallah di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut agensi berita Wafa, tentera pengganas Israel menyerbu Sekolah Rendah Al-Kurom dan menyoal siasat murid dan guru sambil mengacukan senjata, serta mengancam menembak mereka yang cuba melarikan diri.

Serangan ke atas sekolah adalah amalan biasa pengganas Israel, termasuk menghalang akses serta mengugut pelajar termasuk menempatkan pasukan tentera di kawasan sekitar.

Tindakan zalim itu berlaku selepas 10 negara Eropah, termasuk Belgium, Perancis, Itali, Sepanyol, Sweden, United Kingdom, Denmark, Finland, Jerman, Ireland dan Pejabat Kesatuan Eropah (EU) ke Tebing Barat serta Gaza, bagi menggesa Israel menghentikan dasar perobohan rumah dan rampasan harta benda Palestin di wilayah yang diduduki.

10 negara itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan meroboh sekolah yang dibiayai penderma di Jubbet Adh Dhib baru-baru ini, selain menyatakan kebimbangan terhadap ancaman perobohan 57 lagi sekolah di Tebing Barat.

Israel sering kali menggunakan alasan permit pembinaan untuk ‘menghalalkan’ aktiviti perobohan rumah penduduk Palestin, terutamanya di Kawasan C – yang berada di bawah kawalan tentera.

Rejim itu telah menjajah Tebing Barat sejak 1967 dan pencabulan hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin serta pelanggaran undang-undang antarabangsa adalah amalan biasa pengganas Israel setiap hari.

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending