Connect with us

Antarabangsa

Israel mahu bahagikan al-Aqsa kepada dua bahagian, Palestin minta bantuan Malaysia

Palestin mahu meminta bantuan dari Malaysia dan beberapa negara lain untuk menghalang Israel daripada meluluskan rang undang-undang berkaitan masjid al-Aqsa.

Wartawan TMT

Published

on

Israel mahu bahagikan al-Aqsa kepada dua bahagian, Palestin minta bantuan Malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestin mahu meminta bantuan dari Malaysia dan beberapa negara lain menghalang Israel daripada meluluskan rang undang-undang berkaitan masjid al-Aqsa.
  • Penduduk Palestin menzahirkan kebimbangan mengenai draf rang undang-undang diusulkan Israel untuk membahagikan masjid al-Aqsa kepada dua bahagian ketika ini hangat diperdebatkan di Parlimen Israel.
  • Draf rang undang-undang itu diusulkan oleh ahli Parlimen dari parti Likud, Amit Halevi.
  • Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh memberi amaran kepada pihak berkuasa Israel supaya tidak menyerahkan draf rang undang-undang itu kepada Parlimen dalam masa terdekat.

RAMALLAH: Palestin mahu meminta bantuan dari Malaysia dan beberapa negara lain untuk menghalang Israel daripada meluluskan rang undang-undang berkaitan masjid al-Aqsa.

Penduduk Palestin menzahirkan kebimbangan mengenai draf rang undang-undang yang diusulkan Israel untuk membahagikan masjid al-Aqsa kepada dua bahagian yang ketika ini hangat diperdebatkan di Parlimen Israel.

Draf rang undang-undang itu diusulkan oleh ahli Parlimen dari parti Likud, Amit Halevi.

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh memberi amaran kepada pihak berkuasa Israel supaya tidak menyerahkan draf rang undang-undang itu kepada Parlimen dalam masa terdekat.

Kenyataan pemimpin itu dibuat pada awal mesyuarat Kabinet di Ramallah.

Menurut Mohammed Shtayyeh, tindakan demikian hanya akan menimbulkan kemarahan melampau dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

“Implikasi itu tidak dapat diramalkan kerana nilai keagamaan dan kesucian masjid al-Aqsa bagi penduduk Palestin, Arab dan umat Islam,” katanya.

Justeru, beliau menggesa negara Arab, Islam termasuk Turkiye dan Indonesia serta komuniti antarabangsa mengambil tindakan tegas berbanding hanya sekadar mengeluarkan kenyataan berunsur kecaman.

Mohammed Shtayyeh juga menggesa negar-negara itu mengenakan sekatan bagi menghalang sebarang perubahan terhadap masjid al-Aqsa dan menghentikan pencabulan tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmuqaddis.

Dilaporkan, draf rang undang-undang itu bertujuan membahagikan masjid al-Aqsa bagi kegunaan orang Islam dan yahudi.

Dalam draf tersebut, Halevi mencadangkan untuk memperuntukkan kawasan dari halaman Dome of the Rock hingga hujung sempadan utara masjid al-Aqsa kepada penduduk yahudi.

Penduduk Palestin bimbang rancangan itu bakal menjadikan konflik politik Palestin-Israel kepada perang agama sekali gus menyebabkan keganasan berleluasa di wilayah Palestin.

Palestin dan Jordan yang menjaga tapak suci Islam dan Kristian, membantah sebarang campur tangan atau perubahan dilakukan oleh Israel dalam urusan berkaitan masjid al-Aqsa.

Sementara itu, penasihat presiden dalam hal ehwal Baitulmuqaddis, Ahmed Al-Ruwaidi mengecam rancangan berkenaan.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu lagi percubaan Israel untuk mengenakan kawalan ke atas Baitulmuqaddis selain memasukkan Baitulmuqaddis Timur sebahagian Israel.

Menurut Ahmed, rejim Israel sedang berusaha mengurangkan peranan Palestin di Baitulmuqaddis dengan menyasarkan institusi dan tokoh serta penjagaan Hashemite terhadap tapak suci Islam dan Kristian.

“Masjid al-Aqsa merupakan tempat suci bagi umat Islam dan Israel harus menghormati Jordan yang menjaganya,” katanya kepada Arab News.

Beliau turut mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi kebenaran kepada aktivis sayap kanan seperti Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich untuk menyerbu al-Aqsa serta membuat kenyataan berbaur perkauman.

“Benjamin menggunakan isu masjid al-Aqsa untuk kepentingan politik.

“Malah, jika perang agama meletus, semua orang akan mengalami kesannya,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending