Connect with us

Antarabangsa

Hanya kerana ucapan kritik Israel, graduan undang-undang AS dibuli politikus pro-zionis

Republikan dan Demokrat di Amerika Syarikat tidak selalu menemui titik persamaan, tetapi minggu ini, ahli politik dari kedua-dua parti utama itu mengejar satu tujuan bersama iaitu menghentam seorang graduan sekolah undang-undang New York ekoran ucapannya mengkritik Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Hanya kerana ucapan kritik Israel, graduan undang-undang AS dibuli politikus pro-zionis
Foto: Ahli Kongres Demokrat, Ritchie Torres (kiri) dan Siswazah Yaman-Amerika, Fatima Mohammed (kanan).
  • Republikan dan Demokrat di Amerika Syarikat tidak selalu menemui titik persamaan, tetapi minggu ini, ahli politik dari kedua-dua parti utama itu mengejar satu tujuan bersama iaitu menghentam seorang graduan sekolah undang-undang New York ekoran ucapannya mengkritik Israel.
  • Ahli Kongres Demokrat Ritchie Torres menggelar lulusan Sekolah Undang-undang Universiti City of New York (CUNY) itu sebagai “gila”; bekas calon Republikan untuk gabenor, Lee Zeldin menyifatkan ucapan itu sebagai “amukan anti-semitisme”; manakala Datuk Bandar Eric Adams menyifatkannya sebagai “kata-kata negatif dan perpecahan”.
  • Senator Republikan Ted Cruz, dari Texas juga turut menyumbang dalam timbunan kutukan terhadap ucapan siswazah Yaman-Amerika itu, Fatima Mohammed.
  • Tetapi ramai penyokong hak warga Palestin bingung dengan tuduhan itu, menegaskan Fatima tidak menyatakan apa-apa berbentuk kebencian atau ketaksuban.
  • Penyokong juga mengatakan fitnah ke atas Fatima cuma melengkapkan corak yang lebih luas (bilamana akan berlaku) penyerangan terhadap pengkritik Israel secara terbuka dalam usaha menghalang kritikan lanjut terhadap dasar-dasar negara itu.

Washington, DC – Republikan dan Demokrat di Amerika Syarikat tidak selalu menemui titik persamaan, tetapi minggu ini, ahli politik dari kedua-dua parti utama itu mengejar satu tujuan bersama iaitu menghentam seorang graduan sekolah undang-undang New York ekoran ucapannya mengkritik Israel.

Ahli Kongres Demokrat Ritchie Torres menggelar lulusan Sekolah Undang-undang Universiti City of New York (CUNY) itu sebagai “gila”; bekas calon Republikan untuk gabenor, Lee Zeldin menyifatkan ucapan itu sebagai “amukan anti-semitisme”; manakala Datuk Bandar Eric Adams menyifatkannya sebagai “kata-kata negatif dan perpecahan”.

Senator Republikan Ted Cruz, dari Texas juga turut menyumbang dalam timbunan kutukan terhadap ucapan siswazah Yaman-Amerika itu, Fatima Mohammed.

CUNY sendiri menggelar ucapan itu sebagai “ungkapan kebencian awam terhadap manusia, masyarakat, berdasarkan agama, bangsa atau hubungan politik mereka” dalam kenyataan dikaitkan dengan canselornya.

Akhbar tabloid New York Post pula meletakkan Fatima di muka depannya pada Selasa.

Tetapi ramai penyokong hak warga Palestin bingung dengan tuduhan itu, menegaskan Fatima tidak menyatakan apa-apa berbentuk kebencian atau ketaksuban.

Penyokong juga mengatakan fitnah ke atas Fatima cuma melengkapkan corak yang lebih luas (bilamana akan berlaku) penyerangan terhadap pengkritik Israel secara terbuka dalam usaha menghalang kritikan lanjut terhadap dasar-dasar negara itu.

Advertisement

Pengarah Advokasi Israel-Palestin di Democracy for the Arab World Now (DAWN), Adam Shapiro berkata, pertubuhan dan ahli politik pro-Israel berharap serangan sedemikian akan menghalang aktivis Palestin daripada bersuara.

“Tetapi saya fikir ia akan memberi kesan yang sebaliknya. Saya fikir ini akan mendorong lebih ramai lagi untuk bersuara,” kata Shapiro kepada AlJazeera.

Beliau juga mengetengahkan beberapa kejayaan advokasi undang-undang dan politik dalam menolak “kempen fitnah” yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.

Shapiro berkata Torres mendatangi seorang wanita muda Islam, berhijab, dengan kuasa jauh lebih rendah, untuk menunjukkan kelayakan (kedudukannya) yang pro-Israel.

“Ini merupakan satu kes buli klasik,” kata Shapiro.

Sumber: Al Jazeera

Advertisement

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending