Connect with us

Antarabangsa

Hampir 80 pelajar perempuan Afghanistan diracun

Hampir 80 pelajar perempuan di Afghanistan dilaporkan mengalami keracunan dan dikejarkan ke hospital dalam dua kejadian berasingan di sekolah rendah, utara negara itu, Ahad lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Hampir 80 pelajar perempuan Afghanistan diracun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hampir 80 pelajar perempuan di Afghanistan dilaporkan mengalami keracunan dan dikejarkan ke hospital dalam dua kejadian berasingan di sekolah rendah, utara negara itu, Ahad lalu.
  • Pegawai Pendidikan Wilayah mendakwa, tindakan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatan dendam.
  • Dilaporkan, terdapat individu yang tidak dikenali memasuki sekolah perempuan dan meracuni kelas berkenaan.
  • Ketua Jabatan Pendidikan wilayah Sangcharak, Mohammad Rahmani berkata, hampir 80 pelajar perempuan diracun – membabitkan 60 pelajar dari Sekolah Naswan-e-Kabod Aab manakala 17 lagi di Sekolah Naswan-e-Faizabad.

KABUL – Hampir 80 pelajar perempuan di Afghanistan dilaporkan mengalami keracunan dan dikejarkan ke hospital dalam dua kejadian berasingan di sekolah rendah, utara negara itu, Ahad lalu.

Pegawai Pendidikan Wilayah mendakwa, tindakan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatan dendam.

Dilaporkan, terdapat individu yang tidak dikenali memasuki sekolah perempuan dan meracuni kelas berkenaan.

Ketua Jabatan Pendidikan wilayah Sangcharak, Mohammad Rahmani berkata, hampir 80 pelajar perempuan diracun – membabitkan 60 pelajar dari Sekolah Naswan-e-Kabod Aab manakala 17 lagi di Sekolah Naswan-e-Faizabad.

“Kedua sekolah berkenaan adalah berhampiran dan kedua-duanya disasarkan dalam kejadian ini,” katanya.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, semua pelajar kini dalam keadaan stabil dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi.

Siasatan awal mendapati ada pihak berdendam dan cuba mengupah pihak ketiga untuk melakukan serangan berkenaan.

Sebelum ini, Iran berdepan situasi sama apabila kira-kira 13,000 pelajar sekolah perempuan di negara itu berdepan kes keracunan sejak November tahun lalu.

Ribuan pelajar mengalami rasa mual dan pening selepas terhidup asap menyebabkan mereka pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital. 

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending