Connect with us

Terkini

Hab Umrah: Malaysia perlu perbanyak penerbangan terus ke Jeddah

Malaysia perlu membanyakkan lagi penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam usaha menyokong sasaran untuk negara menjadi hab umrah yang menghimpunkan jemaah dari seluruh dunia, khususnya di rantau Asia.

Wartawan TMT

Published

on

Hab Umrah: Malaysia perlu perbanyak penerbangan terus ke Jeddah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia perlu membanyakkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam usaha menyokong sasaran untuk negara menjadi hab umrah yang menghimpunkan jemaah dari seluruh dunia, khususnya di rantau Asia.
  • Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Razali Mohd Sham, berkata langkah itu amat perlu memandangkan ketika ini, jumlah penerbangan terus ke Jeddah syarikat penerbangan sedia ada adakalanya tidak mencukupi walaupun untuk penduduk tempatan.
  • Ketika ini, hanya terdapat beberapa syarikat penerbangan mempunyai perkhidmatan berkenaan antaranya Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air.
  • Beliau berkata tiket penerbangan ditawarkan kurang berbanding permintaan, memandangkan beliau mendakwa wujudnya “kartel umrah” yang didakwa membolot tiket penerbangan membabitkan pakej umrah dan haji di negara ini.

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) – Malaysia perlu membanyakkan lagi penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam usaha menyokong sasaran untuk negara menjadi hab umrah yang menghimpunkan jemaah dari seluruh dunia, khususnya di rantau Asia.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Razali Mohd Sham, berkata langkah itu amat perlu memandangkan ketika ini, jumlah penerbangan terus ke Jeddah oleh syarikat penerbangan sedia ada adakalanya tidak mencukupi walaupun untuk penduduk tempatan.

“Sebab itu penerbangan terus ke Jeddah atau penerbangan transit ke negara-negara Timur Tengah perlu diperbanyak bagi menggalakkan kedatangan jemaah umrah dari negara-negara serantau,” katanya kepada Bernama.

Razali berkata, ketika ini, hanya terdapat beberapa syarikat penerbangan yang mempunyai perkhidmatan berkenaan antaranya Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air.

Bagaimanapun, beliau berkata tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kurang berbanding permintaan, memandangkan beliau mendakwa wujudnya “kartel umrah” yang didakwa membolot tiket penerbangan membabitkan pakej umrah dan haji di negara ini.

Katanya, ini berlaku apabila sebahagian besar jumlah tiket yang ditawarkan syarikat penerbangan dibolot beberapa syarikat besar atau pihak ketiga sehingga menyebabkan kenaikan harga tiket yang melambung tinggi.

“Suku pertama tahun ini sahaja sebanyak 400,000 visa umrah dikeluarkan. Jumlah mereka yang ingin mengerjakan umrah amat tinggi sebab tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan sebelum ini,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata kementeriannya berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab umrah, dengan mempromosikan program itu ke negara tumpuan seperti China, Korea, Jepun, Thailand, Filipina dan Indonesia.

Tiong berkata objektif program itu bukan sahaja demi memberi manfaat dari sudut pertumbuhan ekonomi negara, tetapi juga bertujuan mempromosi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang membangun dan berdaya saing selaras konsep Malaysia MADANI.

Razali turut melahirkan keyakinan cadangan berkenaan yang akan diterajui Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan, mampu direalisasikan dengan baik menerusi libat urus dengan pemain industri bagi mendapatkan pelbagai input dan cadangan bernas.

Sumber: Bernama

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending