Antarabangsa
Guru ugut, suruh murid pindah sekolah jika tidak setuju jantina bukan hanya lelaki atau wanita
Seorang guru sekolah di United Kingdom (UK) mendakwa dua pelajarnya mempunyai pandangan “penuh kebencian” kerana mereka bertegas hanya ada dua jantina iaitu lelaki dan wanita.

- Seorang guru sekolah di United Kingdom (UK) mendakwa dua pelajarnya mempunyai pandangan “penuh kebencian” kerana mereka bertegas hanya ada dua jantina iaitu lelaki dan wanita.
- RT yang memetik media British melaporkan insiden berlaku pada 19 Jun lalu itu terdedah dengan tersebarnya rakaman audio 3.5 minit yang dimuat naik di platform TikTok.
- Insiden itu berlaku di Kolej Rye di Sussex Timur, antara 10 sekolah rendah yang dikelola Aquinas Trust yang ada kaitan dengan Church of England.
- Dalam rakaman audio itu, guru terbabit menyimpulkan pelajar itu menampilkan sikap penuh kebencian dan menyarankan mereka bersekolah di tempat lain jika tidak bersetuju dengan pandangan jantina pelbagai, bukan hanya lelaki atau wanita.
Seorang guru sekolah di United Kingdom (UK) mendakwa dua pelajarnya mempunyai pandangan “penuh kebencian” kerana mereka bertegas hanya ada dua jantina iaitu lelaki dan wanita.
RT yang memetik media British melaporkan insiden berlaku pada 19 Jun lalu itu terdedah dengan tersebarnya rakaman audio 3.5 minit yang dimuat naik di platform TikTok.
Insiden itu berlaku di Kolej Rye di Sussex Timur, antara 10 sekolah rendah yang dikelola Aquinas Trust yang ada kaitan dengan Church of England.
Dalam perbualan mereka, guru yang tidak dikenalpasti itu berbalah dengan dua pelajar perempuannya yang mempertahankan jantina hanya terbahagi kepada lelaki dan perempuan.
Salah seorang dari pelajar itu mengatakan jantina seharusnya menepati biologi dan bukan sesuatu yang sewenang-wenangnya boleh diubah.
Guru itu pula cuba membuktikan sebaliknya dengan menyebut kewujudan golongan intersex (khunsa: manusia yang biologinya tubuhnya berbeza dari alat sulit) dan mendakwa “jantina itu pelbagai bentuknya.”
Pelajar terbabit bersetuju tentang intersex tetapi menegaskan cisgender (identiti berkait dengan alat sulit semulajadi dari lahir) adalah norma yang sepatutnya.
Guru itu kemudian menyimpulkan pelajar tersebut menampilkan sikap penuh kebencian dan menyarankan mereka berdua bersekolah di tempat lain jika tidak bersetuju dengannya.
Salah seorang daripada ibu bapa pelajar itu berkata mereka faham apa yang hendak disampaikan guru tersebut, tetapi apa yang merisaukan adalah cara seorang pendidik mengakhiri debat dengan mengugut secara agresif.
Ibu bapa pelajar terbabit percaya tindakan guru itu sangat tidak bersesuaian dalam suasana dan usaha mendidik pelajar.
Sumber: RT
