Antarabangsa
Guru Jepun peluk Islam dalam busana kimono, kongsi perjalanan mendapat hidayah
Seorang guru Jepun, Saki Takao meraikan hari lahirnya yang ke-26 dengan memakai kimono merah jambu dan mengambil keputusan terhebat dalam hidupnya untuk menjadi seorang Muslim.

- Seorang guru Jepun, Saki Takao meraikan hari lahirnya yang ke-26 dengan memakai kimono merah jambu dan mengambil keputusan terhebat dalam hidupnya untuk menjadi seorang Muslim.
- Dikelilingi 15 ahli keluarga dan rakan-rakan, dia melafazkan syahadah, “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah,” pada telefon pintarnya.
- Walaupun sambutannya sederhana, namun perjalanan guru sekolah menengah itu menjadi Muslim pada November lalu tidaklah semudah itu.
- Pada musim panas 2019, Saki memulakan “perjalanan solo untuk bertemu umat Islam” yang membawanya ke negara seperti Turkiye dan Indonesia sehinggalah dia memeluk Islam.
Seorang guru Jepun, Saki Takao meraikan hari lahirnya yang ke-26 dengan memakai kimono merah jambu dan mengambil keputusan terhebat dalam hidupnya untuk menjadi seorang Muslim.
Dikelilingi 15 ahli keluarga dan rakan-rakan, dia melafazkan syahadah, “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah,” pada telefon pintarnya.
Menurut laporan About Islam, walaupun sambutannya sederhana, namun perjalanan guru sekolah menengah itu untuk menjadi seorang Muslim pada November lalu tidaklah semudah itu.
Dilahirkan dan dibesarkan di Jepun, Saki sebelum ini menghadiri kuliah Universiti Osaka Jogakuin, Jepun.
Dia kemudiannya bertemu dengan Muslim pertama dalam hidupnya, seorang lelaki dari Turkmenistan, di Taiwan semasa zaman mudanya.
Bertutur dalam bahasa Inggeris dalam kebanyakkan majlis, Saki berkata mereka membina hubungan rapat, namun tiba-tiba terputus apabila dia menyedari lelaki itu adalah seorang Muslim.
Sekembalinya ke Jepun untuk belajar hal ehwal antarabangsa, perasaan malu terhadap layanannya terhadap rakan karibnya hanya kerana dia beragama Islam mula menyelubungi dirinya.
Dua tahun kemudian, pada musim panas 2019, dia memulakan “perjalanan solo untuk bertemu umat Islam” yang membawanya ke negara seperti Turki dan Indonesia.
Saki bertemu dengan ramai orang baik sepanjang perjalanan, dan akhirnya ingin mengetahui lebih lanjut tentang Islam dan umat Islam.
Sumber: About Islam
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas