Antarabangsa
Guru digantung kerja akibat hantaran FB selepas remaja ancam rogol, bunuh isterinya
Seorang guru sekolah rendah di England digantung tugas kerana membuat hantaran Facebook selepas sekumpulan remaja mengancam membunuh dan merogol keluarganya, demikian lapor Metro.

- Michael Flynn, 52, digantung daripada tugasan mengajar di Sekolah Rendah Twydall, Gillingham, England selama dua hari.
- Pihak sekolah membuat keputusan itu selepas hantaran Facebook Michael yang menyebut mahu ‘menyelesaikan’ remaja yang menyerang kediamannya didakwa melanggar polisi media sosial sekolah itu.
- Sekumpulan remaja telah menyerang kediamannya dan mengancam untuk membunuh serta merogol isterinya.
- “Saya tidak mencuri apa-apa dan saya tidak mengancam sesiapa. Saya adalah mangsa jenayah, namun saya pula yang dihukum.” – Michael Flynn.
Seorang guru sekolah rendah di England digantung tugas kerana membuat hantaran Facebook selepas sekumpulan remaja mengancam membunuh dan merogol keluarganya, demikian lapor Metro.
Michael Flynn, 52, didakwa melanggar polisi media sosial Sekolah Rendah Twydall, Gillingham dengan mengatakan yang dia akan ‘menyelesaikan’ anak-anak muda yang menyerang kediamannya.
Menurut Michael, kumpulan remaja itu mengancam untuk menikam dan merogol isterinya, Angela.
Ancaman itu susulan Angela menangkap mereka cuba mencuri basikal pada Selasa lalu.

Foto: Michael Flynn.
“Empat anak muda cuba mencuri basikal tolak dari halaman rumah saya. Apabila didepani, mereka mencaci maki dan mengancam isteri saya,” tulis Michael dalam hantaran Facebooknya.
“Kejar-mengejar berlaku, kasut salah seorang dari mereka tertanggal dalam konflik itu. Jika ini anak anda, anda mungkin mahu menghubungi saya sebelum saya menghubungi polis”.
Katanya, Twydall adalah tempat yang kecil dan lambat laun dia pasti akan menemui mereka.
“Jadi, jika anda mahu menyelesaikan masalah ini dengan baik, saya cadangkan ibu bapa PM (mesej peribadi) atau saya akan menyelesaikannya dengan cara saya,” tulisnya.
Keesokan harinya, kumpulan remaja itu dikatakan kembali ke kediaman Michael membawa batu besar, namun melarikan diri kerana ditangkap sebelum sempat melemparkannya.
Kini, Michael digantung tugas selama dua hari selepas membuat hantaran Facebook itu.
Kerjaya mengajarnya selama 22 tahun itu kini ibarat ‘di hujung tanduk’ kerana berkemungkinan tidak dapat kembali ke kerjaya itu.
“Saya suka mengajar dan ini sememangnya bukan cara saya mahu menamatkan kerjaya saya,” katanya.
“Saya tidak mencuri apa-apa dan saya tidak mengancam sesiapa. Saya adalah mangsa jenayah, namun saya pula yang dihukum”.
Michael terpaksa mencari kerja memandu sementara demi menyara anak tirinya, Alexis yang lumpuh seluruh badan akibat kemalangan ketika menyelam empat tahun lalu.
“Jika mereka telah membaling batu itu melalui tingkap, Alexis tidak mampu mengangkat tangannya untuk melindungi dirinya,” kata Angela yang tidak bekerja untuk memberi penjagaan 24 jam kepada anaknya itu.
Michael tidak menafikan yang dia mungkin menggunakan perkataan yang tidak patut dalam hantaran itu, namun dia tidak menyesal melakukannya demi menjaga masyarakat.
Pihak polis mengesahkan yang siasatan sedang dijalankan terhadap ancaman yang berlaku kepada Angela.
Sumber: Metro
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS