Connect with us

Antarabangsa

Gesa normalisasi Arab Saudi dan Israel, AS mahu Riyadh tunduk pada Zionis

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa proses normalisasi hubungan antara Arab Saudi dan Israel dilakukan segera.

Wartawan TMT

Published

on

Gesa normalisasi Arab Saudi dan Israel, AS mahu Riyadh tunduk pada Zionis
Foto: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken.
  • Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa proses normalisasi hubungan antara Arab Saudi dan Israel dilakukan segera.
  • Katanya, AS mempunyai kepentingan keselamatan negara menyokong normalisasi antara Israel dan Arab Saudi.
  • “Kami percaya kami mampu, malah perlu memainkan peranan penting dalam menyokong normalisasi Israel dengan Arab Saudi.”
  • “Proses itu mungkin tidak semudah yang disangka, namun AS tetap komited untuk membantu kedua-dua negara menjalin hubungan baik pada masa kini dan juga akan datang,” katanya. 

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa proses normalisasi hubungan antara Arab Saudi dan Israel dilakukan segera.

Katanya, AS mempunyai kepentingan keselamatan negara dalam menyokong normalisasi antara Israel dan Arab Saudi.

“Kami percaya kami mampu, malah perlu memainkan peranan penting dalam menyokong normalisasi Israel dengan Arab Saudi.

“Proses itu mungkin tidak semudah yang disangka, namun AS tetap komited untuk membantu kedua-dua negara menjalin hubungan baik pada masa kini dan juga akan datang,” katanya yang mengunjungi Jeddah dan Riyadh dalam minggu ini untuk urusan rasmi.

PERJANJIAN ABRAHAM

Washington bertungkus-lumus menggalakkan ‘jalinan hubungan antara Israel dan Arab Saudi’ susulan kejayaan Perjanjian Abraham yang dilaksanakan oleh bekas Presiden Donald Trump untuk memujuk negara-negara Arab mengiktiraf Israel.

Riyadh sehingga kini menolak untuk mengiktiraf Israel berikutan wilayah haram itu menindas rakyat Palestin.

Advertisement

Namun, Blinken menegaskan bahawa normalisasi hubungan antara Arab Saudi dan Israel tidak akan menjejaskan proses damai melibatkan Palestin dengan penduduk Israel.

“Usaha integrasi dan normalisasi bukanlah pengganti kepada proses damai Israel dan Palestin. Isu kedua-dua negara itu akan tetap menjadi keutamaan.

“Kita perlu lihat hubungan baik Israel dengan rakan kongsinya boleh digunakan untuk kesejahteraan rakyat Palestin,” ujarnya.

HUBUNGAN TEGANG

Dalam perkembangan lain, Blinken dijangka mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman di Riyadh.

Biarpun hubungan rapat antara AS dengan Arab Saudi sudah lama terjalin, beberapa kes berhubung isu hak asasi manusia seperti pembunuhan kolumnis Jamal Khashoggi yang dikaitkan dengan kerabat diraja Arab Saudi menyebabkan hubungan rapat itu mulai goyah.

Advertisement

Jurang hubungan kedua-dua negara dilihat semakin besar apabila Riyadh baru-baru ini memberi peluang kepada China yang menyaksikan Beijing menjadi ‘orang tengah’ dalam hal ehwal Arab Saudi dengan Iran.

Pada bulan lalu, Mohammed bin Salman turut menyambut kedatangan Presiden Syria, Bashar al-Assad di Jeddah yang jelas ditentang Washington berikutan perang sivil yang berlarutan di negara itu.

BANTERAS DAESH

Sementara itu, mesyuarat antara Blinken dengan Majlis Kerjasama Negara Teluk bakal membincangkan isu berkaitan membanteras kegiatan Daesh secara berterusan dan berkesan.

Jurucakap Jabatan Biro Kawalan Keganasan AS, Ian McCary berkata, mesyuarat itu memberi tumpuan bagaimana kegiatan Daesh di luar Asia Barat boleh dibendung secara berkesan.

“Tumpuan kami ketika ini adalah beberapa kawasan di Afrika apabila kumpulan pemberontak mula ‘menggunakan ideologi daesh’ dalam melancarkan serangan.

Advertisement

“Mesyuarat itu juga bertujuan mengingatkan komuniti antarabangsa bahawa dunia sentiasa bekerjasama untuk memastikan Daesh ‘sentiasa lemah, tiada tujuan dan akhirnya berkubur’,” jelas McCary.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending