Terkini
Gagal Matematik SPM: Malaysia hilang satu per empat tenaga manusia berkemahiran tinggi
Malaysia sedang kehilangan satu per empat bakal tenaga manusia berkemahiran tinggi.

- Demikian kata penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad susulan hampir 90,000 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu gagal dalam mata pelajaran Matematik, manakala lebih 52,000 lagi tidak lulus dalam subjek bahasa Inggeris.
- Ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak berpeluang meneruskan pendidikan dalam bidang Sains dan Teknologi di universiti.
- “Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains atau Fakulti Perubatan mana yang bersedia terima pemohon yang gagal Matematik SPM? Betul tak? Negara sedang kehilangan pelapis sumber tenaga manusia berkemahiran tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis.
- Beliau berkata sekiranya tiada usaha pemulihan mahupun transformasi, maka tahun hadapan keputusan sebegini pasti akan berulang semula.
KUALA LUMPUR — Malaysia sedang kehilangan satu per empat bakal tenaga manusia berkemahiran tinggi.
Demikian kata penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad susulan hampir 90,000 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu gagal dalam mata pelajaran Matematik, manakala lebih 52,000 lagi tidak lulus dalam subjek bahasa Inggeris.
Katanya, situasi itu akan menyebabkan pelajar terbabit tidak berpeluang meneruskan pendidikan dalam bidang Sains dan Teknologi di universiti.
“Seorang bagi setiap empat murid gagal Matematik SPM 2022!! Tentulah selepas ini anak-anak ini tidak lagi berpeluang untuk meneruskan pendidikan mereka dalam bidang Sains dan Teknologi di universiti.
“Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains atau Fakulti Perubatan mana yang bersedia terima pemohon yang gagal Matematik SPM? Betul tak? Negara sedang kehilangan pelapis sumber tenaga manusia berkemahiran tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis.
Anuar turut mempersoalkan sama ada masih ada pihak melihat situasi itu sebagai bukan krisis dan bertindak defensif sedangkan Malaysia kehilangan satu per empat bakal tenaga berkemahiran tinggi.
Beliau berkata sekiranya tiada usaha pemulihan mahupun transformasi, maka tahun hadapan keputusan sebegini pasti akan berulang semula.
“Nak tahu kesannya macam mana? Kereta ada empat tayar kan?Cuba pancitkan satu tayar dan terus pandu macam biasa atas lebuh raya…tengok apa jadi.
“Itulah juga nasib negara kita bila kita berterusan kehilangan satu per empat bakal -bakal sumber manusia berkemahiran tinggi,” katanya.
Menurut analisis keputusan SPM 2022 oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Untuk Malaysia mendapati daripada jumlah keseluruhan 373,974 calon menduduki SPM tahun lalu, 89,752 calon (24.3 peratus) gagal dalam Matematik sementara 52,674 calon (14.3 peratus) gagal dalam bahasa Inggeris.
Manakala 33,906 calon (8.4 peratus) tidak berjaya mendapatkan sijil kerana tidak lulus sama ada dalam subjek bahasa Melayu atapun Sejarah. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Anuar Ahmad
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas