Connect with us

Terkini

DUN Selangor bubar hari ini

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan hari ini, dua hari sebelum genap tempoh penggalnya selama lima tahun pada Ahad.

Wartawan TMT

Published

on

DUN Selangor bubar hari ini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan hari ini, dua hari sebelum genap tempoh penggalnya selama lima tahun pada Ahad.
  • Langkah itu memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran diwartakan.
  • Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mendapat perkenan pembubaran DUN itu selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini.
  • DUN Selangor mempunyai 56 kerusi dengan 41 daripadanya adalah milik Pakatan Harapan (PH), lima kerusi Barisan Nasional (BN); Perikatan Nasional (PN) (tujuh) dan PEJUANG (tiga) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan hari ini, dua hari sebelum genap tempoh penggalnya selama lima tahun pada Ahad.

Langkah itu memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran diwartakan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mendapat perkenan pembubaran DUN itu selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi dengan 41 daripadanya adalah milik Pakatan Harapan (PH), lima kerusi Barisan Nasional (BN); Perikatan Nasional (PN) (tujuh) dan PEJUANG (tiga) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Februari lalu, enam negeri mencapai persetujuan untuk membubarkan DUN masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN masing-masing.

Selain Selangor, lima negeri lain ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang yang ditadbir PH, manakala Kedah, Kelantan dan Terengganu pula di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan Kelantan akan membubarkan DUN semalam bagi memberi laluan kepada PRN.

Advertisement

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula, dijadual menyembahkan cadangan untuk pembubaran DUN Kedah dan Negeri Sembilan pada Rabu ini, sekali gus PRN diadakan serentak bersama lima lagi negeri lain.

Ia menjadikan Kedah negeri keempat mengumumkan tarikh pembubaran DUN selepas Kelantan, manakala Pulau Pinang 30 Jun.

Sehingga semalam, hanya Terengganu masih berteka-teki berikutan belum memutuskan tarikh pembubaran DUN negeri itu, walaupun tempoh penggal pentadbirannya genap lima tahun, hujung bulan ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending