Connect with us

Antarabangsa

Disney tidak sengaja tampilkan pelakon lucah dalam filem ‘The Little Mermaid’

Disney mengaku membuat kesilapan apabila mengambil seorang pelakon lucah untuk memegang watak tambahan di dalam filem The Little Mermaid, lapor National Post.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Disney tidak sengaja tampilkan pelakon lucah dalam filem ‘The Little Mermaid’
Foto: Stefano Tomadini.
  • Disney tidak menyedari salah seorang pelakon tambahan di dalam filem The Little Mermaid merupakan seorang pelakon lucah.
  • Stefano Tomadini, 24, merupakan seorang peragawan yang aktif berlakon dalam filem lucah menggunakan nama pentas Dante Ferrari.
  • Disney mengaku malu kerana terlepas pandang perkara itu, apatah lagi filem The Little Mermaid disasarkan sebagai filem pecah panggung untuk kanak-kanak.

Disney mengaku membuat kesilapan apabila mengambil seorang pelakon lucah untuk memegang watak tambahan di dalam filem The Little Mermaid, lapor National Post.

Kru yang bertanggungjawab dalam pemilihan pelakon tambahan tidak menyedari yang salah seorang peragawan terpilih untuk memainkan peranan ikan duyung lelaki itu rupanya seorang pelakon lucah.

Peragawan itu, Stefano Tomadini, 24, rupanya aktif berlakon dalam filem lucah menggunakan nama pentas Dante Ferrari.

Dalam kerjaya filem lucahnya, dia dikatakan menjana pendapatan £1,000 (RM5861) bagi setiap penampilannya.

Disney mendakwa tidak tahu mengenai kerjaya sampingan Stefano itu ketika mereka memutuskan untuk mengambil sekumpulan peragawan bertubuh sasa bagi watak ikan duyung lelaki.

Disney juga mengaku malu kerana terlepas pandang perkara itu apatah lagi filem The Little Mermaid disasarkan sebagai filem pecah panggung untuk kanak-kanak.

Filem The Little Mermaid merupakan pembikinan semula daripada filem animasi dihasilkan pada 1989 dengan judul sama dan ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula 25 Mei lalu.

Kontroversi juga tercetus di awal pembikinannya apabila Halle Bailey, seorang pelakon berkulit hitam dipilih memegang watak utama, Ariel yang digambarkan berkulit putih di dalam animasi asal.

Sumber: National Post

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending