Connect with us

Terkini

Dewan Negara lulus RUU Insolvensi (Pindaan) 2023 & RUU Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023

Dewan Negara semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2023 dan RUU Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Dewan Negara lulus RUU Insolvensi (Pindaan) 2023 & RUU Pencetakan Teks Al-Qur'an (Pindaan) 2023
Foto: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh (kiri) dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (kanan).
  • Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2023 dan RUU Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023.
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, berkata pindaan terhadap RUU Insolvensi (Pindaan) 2023 itu, membolehkan rakyat Malaysia dibebaskan daripada keberhutangan dan kebankrapan.
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, ketika menggulung RUU Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023, berkata kementerian itu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah membangunkan aplikasi Smart Quran.
  • Aplikasi berkenaan satu-satunya aplikasi telah melalui semakan kementerian dan diperakui Lembaga Kawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran (LPPQ) sebagai alternatif bagi membolehkan rakyat merujuk kitab suci itu secara digital.

KUALA LUMPUR: Dewan Negara semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2023 dan RUU Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, berkata pindaan terhadap RUU Insolvensi (Pindaan) 2023 itu, antara lain bagi membolehkan rakyat Malaysia dibebaskan daripada keberhutangan dan kebankrapan.

“Seramai 130,000 dijangka dilepaskan daripada status muflis setelah pindaan akta tersebut diluluskan,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU itu selepas dibahas 16 senator sebelum diluluskan.

RUU berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat pada 24 Mei lalu, juga memperuntukkan individu bankrap berumur 70 tahun ke atas dan pesakit mental layak dilepaskan melalui pengeluaran sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI), selain penambahbaikan peruntukan pelepasan automatik.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, ketika menggulung RUU Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023, berkata kementerian itu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah membangunkan aplikasi Smart Quran.

Beliau berkata, aplikasi berkenaan satu-satunya aplikasi yang telah melalui semakan kementerian dan diperakui Lembaga Kawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran (LPPQ) sebagai alternatif bagi membolehkan rakyat merujuk kitab suci itu secara digital.

“Aplikasi itu turut menggunakan terjemahan daripada tafsir pimpinan Ar-Rahman, manakala bacaan qari diambil kebenaran bertulis daripada Mujamma Malik Fahd dari Arab Saudi. Itu kita sediakan alternatif kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Wan Martina Wan Yusoff yang bertanyakan mengenai tindakan pihak berkuasa bagi menyemak aplikasi al-Quran secara digital.

Persidangan Dewan Negara bersambung hari ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending