Connect with us

Antarabangsa

Datuk Bandar Hamtramck bidas ahli politik kritik larangan bendera LGBTQ

Datuk Bandar Hamtramck, Amer Ghalib mempertahankan sokongannya terhadap resolusi melarang paparan simbol LGBTQ+ dan bendera politik pada harta benda awam.

Wartawan TMT

Published

on

Datuk Bandar Hamtramck bidas ahli politik kritik larangan bendera LGBTQ
Foto: Datuk Bandar Hamtramck, Amer Ghalib.
  • Datuk Bandar Hamtramck, Amer Ghalib mempertahankan sokongannya terhadap resolusi melarang paparan simbol LGBTQ+ dan bendera politik pada harta benda awam.
  • Enam ahli majlis bandaraya pada 13 Jun lalu sebulat suara bersetuju dengan resolusi melarang pengibaran bendera politik, kaum, agama atau orientasi seksual pada aset kerajaan.
  • Tindakan ahli majlis itu dikritik ahli-ahli politik antaranya Senator Stephanie Chang, Perwakilan A.S. Shri Thanedar, Datuk Bandar Detroit Mike Duggan dan Perwakilan A.S. Rashida Tlaib, lapor Detroit Free Press.
  • “Penduduk kami semuanya sama penting, kami akan terus berkhidmat tanpa diskriminasi, pilih kasih atau memberi layanan keutamaan kepada mana-mana kumpulan. Kerajaan bandar akan kekal NEUTRAL dan TIDAK BERPIHAK”. – Amer Ghalib

Datuk Bandar Hamtramck, Amer Ghalib mempertahankan sokongannya terhadap resolusi melarang paparan simbol LGBTQ+ dan bendera politik pada harta benda awam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Enam ahli majlis bandaraya pada 13 Jun lalu sebulat suara bersetuju dengan resolusi melarang pengibaran bendera politik, kaum, agama atau orientasi seksual pada aset kerajaan.

Tindakan ahli majlis itu dikritik ahli-ahli politik antaranya Senator Stephanie Chang, Perwakilan A.S. Shri Thanedar, Datuk Bandar Detroit Mike Duggan dan Perwakilan A.S. Rashida Tlaib, lapor Detroit Free Press.

“Kamu tidak mengetahui tentang bandar kami lebih dari kami dan kamu tidak tahu apa akibatnya membuka pintu bagi setiap kumpulan mengibarkan bendera mereka di harta benda awam.

“Penduduk kami semuanya sama penting, kami akan terus berkhidmat tanpa diskriminasi, pilih kasih atau memberi layanan keutamaan kepada mana-mana kumpulan. Kerajaan bandar akan kekal NEUTRAL dan TIDAK BERPIHAK,” kata Ghalib kepada pengkritik.

Ahli majlis yang memperkenalkan resolusi larangan kibaran bendera itu merupakan datuk bandar pro term yang juga ahli majlis bandaraya, Mohammed Hassan.

Masyarakat Muslim berpendirian bendera kelompok songsang itu bercanggah dengan nilai kepercayaan mereka. 

Dalam masa sama, kesemua ahli-ahli majlis dan Datuk Bandar Hamtramck sendiri merupakan antara mereka yang datang dari kalangan komuniti Muslim.

Sumber: Detroit Free Press

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Belarus siapkan draf undang-undang anti propaganda LGBT dan pedofilia

Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Belarus, Alexander Lukashenko (kanan) dan Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved (kiri).
  • Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.
  • Belta memetik Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved sebagai berkata dalam ucapan kepada wakil rakyat bahawa rang undang-undang itu telah siap dan bakal menggariskan tanggungjawab pentadbiran bagi tindakan mempromosikan “hubungan tidak normal, pedofilia dan penolakan sukarela untuk mempunyai anak”.
  • Draf undang-undang itu kini sedang melalui prosedur kelulusan.
  • Undang-undang propaganda anti-gay dikuatkuasakan negara jiran Belarus iaitu Russia sejak 2013.
  • Homoseksualiti dibatalkan akta jenayahnya di Belarus pada 1994, bagaimanapun negara itu tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan pihak berkuasanya bertindak membanteras perarakan-perarakan pride LGBT.

Belarus menyiapkan draf undang-undang bagi hukuman “mempromosi hubungan bukan tradisional” yang merujuk kepada hubungan LGBT, lapor agensi berita Belarus, Belta pada Isnin.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Belta memetik Ketua Pendakwa Raya Republik Belarus, Andrei Shved sebagai berkata dalam ucapan kepada wakil rakyat bahawa rang undang-undang itu telah siap.

Ia bakal menggariskan tanggungjawab pentadbiran bagi tindakan mempromosikan “hubungan tidak normal, pedofilia dan penolakan sukarela untuk mempunyai anak”.

Draf undang-undang itu kini sedang melalui prosedur kelulusan.

Undang-undang propaganda anti-gay dikuatkuasakan negara jiran Belarus iaitu Russia sejak 2013.

Undang-undang itu dilihat efektif dalam usaha pelarangan ekspresi awam berkenaan tingkah laku atau gaya hidup lesbian, lelaki-lelaki gay, biseksual atau transgender.

Mahkamah Agung Rusia pada Disember lalu mengharamkan apa disebutnya sebagai “pergerakan sosial LGBT antarabangsa,” melabelnya sebagai organisasi ekstremis.

Homoseksualiti dibatalkan akta jenayahnya di Belarus pada 1994, bagaimanapun negara itu tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan pihak berkuasanya bertindak membanteras perarakan-perarakan pride LGBT.

Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, sebelum ini secara terbuka menyelar golongan LGBT, memanggil lelaki gay sebagai “pelucah” dan “kesongsangan teragung” dalam ucapannya kepada ahli-ahli politik sekitar tahun lalu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending