Connect with us

Terkini

Dakwaan sokong LGBT, PAS gagal batal saman Mujahid

Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Pas untuk membatalkan saman fitnah oleh Datuk Seri Mujahid Yusof terhadap parti itu berhubung dakwaan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Wartawan TMT

Published

on

Dakwaan sokong LGBT, PAS gagal batal saman Mujahid
Foto: Datuk Seri Mujahid Yusof.
  • Mahkamah Tinggi menolak permohonan Pas membatalkan saman fitnah oleh Datuk Seri Mujahid Yusof terhadap parti itu berhubung dakwaan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
  • Peguam Noorazmir Zakaria mewakili Mujahid berkata, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu memerintahkan parti berkenaan membayar kos RM3,000 kepada Mujahid.
  • Peguam Mohd Faizi Che Abu, mewakili Pas berkata, mahkamah menolak permohonan parti itu selepas berpendirian terdapat isu perlu dibicarakan dalam kes saman tersebut antaranya sama ada akaun Facebook itu milik Pas atau tidak.
  • Pada 15 Februari lepas, Pas diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memfailkan permohonan membatalkan saman atas alasan Mujahid selaku plaintif gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan munasabah terhadap parti berkenaan.

Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Pas untuk membatalkan saman fitnah oleh Datuk Seri Mujahid Yusof terhadap parti itu berhubung dakwaan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Peguam Noorazmir Zakaria mewakili Mujahid berkata, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh yang membuat keputusan itu pada Rabu memerintahkan parti berkenaan membayar kos RM3,000 kepada Mujahid.

“Mahkamah menetapkan perbicaraan kes saman itu pada 24 hingga 26 November 2025,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.

Peguam Mohd Faizi Che Abu, mewakili Pas pula berkata, mahkamah menolak permohonan parti itu selepas berpendirian terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam kes saman tersebut antaranya sama ada akaun Facebook itu milik Pas atau tidak.

Pada 15 Februari lepas, Pas yang diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memfailkan permohonan membatalkan saman atas alasan Mujahid selaku plaintif gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah terhadap parti berkenaan.

Mujahid memfailkan saman itu pada 15 Disember 2022, mendakwa pada 16 Oktober tahun sama, Pas selaku defendan dengan niat jahat telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnahnya dengan membuat atau menerbitkan kenyataan fitnah di ruangan status akaun Facebook parti itu.

Sehubungan itu, beliau memohon suatu perintah supaya Pas menarik balik serta memadam kenyataan fitnah dan gambar plaintif itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman selain memohon ganti rugi am, teladan dan teruk.

Menerusi pernyataan pembelaan, Pas mendakwa pernyataan tuntutan plaintif adalah cacat dan tidak sah kerana plaintif gagal menamakan pelaku kesalahan yang mempunyai kawalan serta melakukan penerbitan bagi artikel berkenaan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending