Connect with us

Antarabangsa

Cipta mainan bertema Islam, syarikat di UK terima geran lebih RM289,000

Sebuah perniagaan kecil berpangkalan di Stanmore, Harrow, United Kingdom (UK) yang diasaskan Farzana Rahman, Desi Dolls memenangi geran Anugerah Inovasi Inklusif Innovate UK bernilai £50,000 (RM289,391).

Wartawan TMT

Published

on

Cipta mainan bertema Islam, syarikat di UK terima geran lebih RM289,000
Foto: Farzana Rahman.
  • Sebuah perniagaan kecil berpangkalan di Stanmore, Harrow, United Kingdom (UK) yang diasaskan Farzana Rahman, Desi Dolls memenangi geran Anugerah Inovasi Inklusif Innovate UK bernilai bernilai £50,000 (RM289,391).
  • Menurut laporan Harrow Online, syarikat terkenal dengan rangkaian mainan pendidikan mengajar kanak-kanak tentang akidah Islam itu akan menggunakan geran terbabit untuk membiayai pembangunan dua mainan inovatif dan interaktifnya.
  • Desi Dolls turut mendapat pengiktirafan untuk mainan popularnya seperti Aamina, Yousuf, dan Original Dua’ Pillows. 
  • Innovate UK adalah agensi inovasi kebangsaan United Kingdom yang memainkan peranan penting menyokong pertumbuhan dan pengkomersilan produk, perkhidmatan dan proses baharu untuk perniagaan UK.

Sebuah perniagaan kecil berpangkalan di Stanmore, Harrow, United Kingdom (UK) yang diasaskan Farzana Rahman, Desi Dolls memenangi geran Anugerah Inovasi Inklusif Innovate UK bernilai £50,000 (RM289,391).

Menurut laporan Harrow Online, syarikat terkenal dengan rangkaian mainan pendidikan mengajar kanak-kanak tentang akidah Islam itu akan menggunakan geran terbabit untuk membiayai pembangunan dua mainan inovatif dan interaktifnya.

Desi Dolls turut mendapat pengiktirafan untuk mainan popularnya seperti Aamina, Yousuf, dan Original Dua’ Pillows.

Anak patung dan bantal mewah lembut, boleh dipeluk dan digunakan untuk pembelajaran itu disertakan dengan bacaan ayat-ayat al-Quran dalam bahasa Arab dan Inggeris.

Disasarkan kepada kanak-kanak berumur antara tiga dan enam tahun, mainan itu turut menampilkan lagu menarik.

Pengasas Desi Dolls, Farzana Rahman dilaporkan meninggalkan kerjayanya dalam perbankan pelaburan 15 tahun lalu untuk meneruskan minatnya mencipta sumber pendidikan untuk kanak-kanak Islam.

Dedikasi dan komitmen Farzana turut menghasilkan lebih 50 mainan interaktif diilhamkan daripada kepercayaan berbeza dan menerima beberapa pengiktirafan.

Ia termasuk Ahli Perniagaan Terbaik di Anugerah Perniagaan Saluran Islam, Perniagaan PKS Terbaik di Anugerah Wanita Saverah dalam Perniagaan dan Anugerah Ratu untuk Perusahaan untuk Perdagangan Antarabangsa pada 2022.

Innovate UK adalah agensi inovasi kebangsaan United Kingdom yang memainkan peranan penting menyokong pertumbuhan dan pengkomersilan produk, perkhidmatan dan proses baharu untuk perniagaan UK.

Sumber: Harrow Online

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending