Connect with us

Terkini

Benarkah kerajaan bayar RM2 bilion setahun untuk pencen bekas wakil rakyat?

Kerajaan diminta menjawab dakwaan membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun untuk membayar pencen bekas Ahli Parlimen dan bekas ahli kabinet.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengamal undang-undang, Datuk Khairul Anwar Rahmat.
  • Kerajaan diminta menjawab dakwaan membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun untuk membayar pencen bekas Ahli Parlimen dan bekas ahli kabinet.
  • Pengamal undang-undang, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata jumlah itu boleh digunakan untuk memenuhi kepentingan orang awam, antaranya membina dua hospital canggih (RM1 bilion sebuah) atau 10 sekolah jika diandaikan kos sebuah sekolah ialah RM200 juta.
  • Informasi itu didapati menerusi maklumat dalaman digelar sebagai ‘blue bird’.
  • “Terperanjat sungguhlah bila dapat tahu sekiranya benar bahawa saraan ahli politik pencen mencecah RM2 bilion setahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) susulan pendedahan pengguna FB, Muhamad Harris Nasril mengkritik kerajaan yang didakwanya ‘mengganggu’ subsidi kesihatan rakyat.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta menjawab dakwaan membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun untuk membayar pencen bekas Ahli Parlimen dan bekas ahli kabinet.

Pengamal undang-undang, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata jumlah itu boleh digunakan untuk memenuhi kepentingan orang awam antaranya membina dua hospital canggih (RM1 bilion sebuah) atau 10 sekolah jika diandaikan kos sebuah sekolah ialah RM200 juta.

Katanya, informasi berkenaan didapati menerusi maklumat dalaman yang digelar sebagai ‘blue bird’.

“Kami ada mendapat maklumat dalaman yang saya gelar sebagai ‘blue bird’ bahawa kerajaan membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun bagi tujuan pencen ahli politik bertaraf Ahli Parlimen, Timbalan Menteri (dulu ada Setiausaha Parlimen), Menteri hinggalah Perdana Menteri.

“Itu belum masuk jika seseorang itu pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, Exco dan seterusnya Menteri Besar.

“Terperanjat sungguhlah bila dapat tahu sekiranya benar bahawa saraan ahli politik pencen mencecah RM2 bilion setahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook susulan pendedahan pengguna FB, Muhamad Harris Nasril mengkritik kerajaan yang didakwa ‘mengganggu’ (memperhalusi) subsidi kesihatan rakyat.

Foto: Tangkap Layar FB Muhamad Harris Nasril.

Muhamad Harris meminta Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) dipinda sekali gus pencen ahli Dewan Rakyat dihapuskan sekiranya subsidi kesihatan rakyat ingin diperhalusi. 

Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata beliau akan meminta kenalannya yang terdiri daripada Ahli Parlimen, kerajaan atau pembangkang, untuk menanyakan soalan mengenai isu terbabit di Dewan Rakyat. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Khairul Anwar Rahmat

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending