Connect with us

Antarabangsa

Belgium akan musnahkan enam juta vaksin Covid-19

Kerajaan Belgium pada Isnin mengumumkan negara itu akan memusnahkan hampir enam juta dos vaksin Covid-19 yang sudah luput, lapor media tempatan.

Published

on

Belgium akan musnahkan enam juta vaksin Covid-19
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Belgium mengumumkan akan memusnahkan hampir enam juta dos vaksin Covid-19 yang sudah luput.
  • “Beberapa kajian menunjukkan vaksin yang disesuaikan dengan subvarian BA.4/5 jauh lebih berkesan berbanding vaksin asal menentang Covid-19,” – Menteri Kesihatan, Frank Vandenbroucke.
  • Beliau berkata Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.

Kerajaan Belgium pada Isnin mengumumkan negara itu akan memusnahkan hampir enam juta dos vaksin Covid-19 yang sudah luput, lapor media tempatan.

“Beberapa kajian menunjukkan vaksin yang disesuaikan dengan subvarian BA.4/5 jauh lebih berkesan berbanding vaksin asal menentang Covid-19,” kata Menteri Kesihatan Frank Vandenbroucke kepada jawatankuasa kesihatan parlimen persekutuan, lapor Agensi Anadolu memetik harian Het Laatste Nieuws.

Vandenbroucke berkata Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.

Keputusan itu hanya berkaitan dengan vaksin jenis baharu yang telah dibangunkan, katanya.

Sumber: Malaysianow

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author