Connect with us

Antarabangsa

Bekas aktivis trans dakwa transgender umpama kultus sasar kanak-kanak

Bekas aktivis transgender mendakwa, pergerakan dan agenda yang dibawa golongan transgender merupakan satu kultus yang menyasarkan kanak-kanak.

A.R. Khan

Published

on

Bekas aktivis trans dakwa transgender umpama kultus sasar kanak-kanak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bekas aktivis transgender mendakwa, pergerakan dan agenda yang dibawa golongan transgender merupakan satu kultus yang menyasarkan kanak-kanak.
  • Kay Yang, 36, kini bekerja sebagai seorang ‘deprogrammer’ dengan tugas membantu ibu bapa dan kanak-kanak yang telah di indoktrinasi dengan agenda transgender di Amerika Syarikat (AS), demikian lapor Daily Mail.
  • Dia menyifatkan pergerakan LGBT itu sebagai sebuah kultus dengan situasi di mana ibu bapa tidak menyedari hakikat bahawa anak-anak mereka sedang didoktrinkan.
  • Sebagai aktivis LGBTQ semenjak 2012, Kay pernah mengenali seorang transgender yang bertindak mencabul budak lelaki berusia 16 tahun, dan perkara sebegitu didapati tidak ‘mengejutkan’ rakan sekelilingnya.

Bekas aktivis transgender mendakwa, pergerakan dan agenda yang dibawa golongan transgender merupakan satu kultus yang menyasarkan kanak-kanak.

Kay Yang, 36, kini bekerja sebagai seorang ‘deprogrammer’ dengan tugas membantu ibu bapa dan kanak-kanak yang telah diindoktrinasi dengan agenda transgender di Amerika Syarikat (AS).

Foto: Bekas aktivis transgender, Kay Yang.

Dia menyifatkan pergerakan LGBT itu sebagai sebuah kultus dengan situasi di mana ibu bapa tidak menyedari hakikat bahawa anak-anak mereka sedang didoktrinkan.

Tindakan pergerakan itu menyarankan kanak-kanak menerima idea-idea seksual, menurutnya merupakan satu perbuatan antun seksual kanak-kanak, lapor Daily Mail.

Sebagai bekas aktivis LGBTQ semenjak 2012, Kay pernah mengenali seorang transgender yang bertindak mencabul budak lelaki berusia 16 tahun, dan perkara sebegitu didapati tidak ‘mengejutkan’ rakan sekelilingnya.

Atas kesedaran itu, beliau berhenti berkempen untuk LGBTQ dan membuat keputusan menjadi seorang deprogrammer semenjak tahun 2018.

Terdahulu, Kay yang pernah bertugas di sekolah sebagai ‘pendidik trans’ telah diserang sekumpulan peserta perhimpunan sambutan hari Pride di Washington Square.

Tindakannya memegang plakad bertulis ‘Pertahankan hak berdasarkan jantina wanita’ menyebabkan dirinya dikepong, diserang dari pelbagai arah sehingga plakad tersebut dirampas dan dirosakkan peserta perhimpunan.

Sumber: Daily Mail Online

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending