Connect with us

Antarabangsa

Bangladesh larang penjawat awam guna kemudahan kelas pertama

Kerajaan Bangladesh mengeluarkan arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama sehingga notis selanjutnya, lapor Xinhua.

Wartawan TMT

Published

on

Bangladesh larang penjawat awam guna kemudahan kelas pertama
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Bangladesh mengeluarkan arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama sehingga notis selanjutnya, lapor Xinhua.
  • Perdana Menteri, Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan berhubung perkara ini, memetik kenyataan Press Wing.
  • Kerajaan mengguna pakai langkah penjimatan untuk memerangi kesan pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi global.
  • Pelbagai langkah merasionalkan perbelanjaan kerajaan dilaksanakan oleh Bangladesh pada November tahun lepas, termasuk melarang kakitangan awam membuat perjalanan ke luar negara.

DHAKA: Kerajaan Bangladesh mengeluarkan arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama sehingga notis selanjutnya, lapor Xinhua.

Perdana Menteri, Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan berhubung perkara ini, memetik kenyataan Press Wing.

Kerajaan mengguna pakai langkah penjimatan untuk memerangi kesan pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi global.

Pelbagai langkah merasionalkan perbelanjaan kerajaan dilaksanakan oleh Bangladesh pada November tahun lepas, termasuk melarang kakitangan awam membuat perjalanan ke luar negara.

Bagaimanapun beberapa sekatan ke atas perbelanjaan dilonggarkan pada Mac lalu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending