Connect with us

Terkini

Bagaimana peroleh warganegara saat tidak fasih berbahasa Melayu?

Masih ada warganegara Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu. Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata kepincangan ini terjadi disebabkan rakyat Malaysia sendiri tidak menyanjungi bahasa kebangsaan selain merasa bangga tidak fasih untuk berbahasa Melayu.

Hanani Zulkifli

Published

on

Bagaimana peroleh warganegara saat tidak fasih berbahasa Melayu?
Foto: Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad.
  • Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dato’ Dr. Hasan Mad berasa kecewa kerana masih ada warganegara Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu dalam satu kenyataannya ketika majlis dialog Randau ke-17 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan di Wisma MPM pada Sabtu lalu. 
  • Ini berikutan daripada pengalaman beliau terserempak dengan seorang wanita cina 60-an yang tidak boleh berbahasa Melayu langsung ketika menjalani rawatan di klinik kesihatan sehingga anak wanita tersebut yang perlu menjadi penterjemah.
  • Beliau hairan bagaimana seseorang yang tidak boleh berbahasa Melayu boleh mendapatkan kewarganegaraan sedangkan menurutnya, penguasaan bahasa Melayu ada kaitan dengan perlunya seseorang menjadi warganegara.  

KUALA LUMPUR: Masih ada warganegara Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu. Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata kepincangan ini terjadi disebabkan rakyat Malaysia sendiri tidak menyanjungi bahasa kebangsaan selain merasa bangga tidak fasih untuk berbahasa Melayu.

Dengan nada kecewa dan khuatir akan kepupusan bahasa Melayu di negara sendiri, Datuk Dr Hasan mempersoalkan adakah kalau bertutur dalam bahasa Melayu kita akan kelihatan seperti orang kampung.

“Kita dok laung ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ tetapi apa makna ‘Bahasa Jiwa Bangsa’?”

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu itu berkata demikian ketika majlis dialog Randau ke-17 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan di Wisma MPM.

Beliau turut berkongsi pengalamannya yang pernah terserempak dengan seorang wanita Cina 60-an yang langsung tidak boleh berbahasa Melayu ketika menjalani rawatan di klinik kesihatan sehingga anak wanita tersebut perlu menjadi penterjemah.

Situasi ini membuatkannya hairan bagaimana seseorang yang tidak boleh berbahasa Melayu boleh mendapatkan kewarganegaraan.

“Bagaimana dia boleh mendapat kewarganegaraan kalau tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu ada kaitan dengan perlunya seseorang jadi warganegara,” soal beliau.

Datuk Dr. Hasan Mad turut menyifatkan bahasa itu diibaratkan identiti nasional juga ‘maruah’ dan kedaulatan negara.

Justeru beliau menggesa kesemua peserta yang hadir dalam sessi dialog tersebut bangkit agar gelombang Gerakan Nasional 152 dapat dicetuskan sebagai penggerak utama bagi melindungi dan memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Datuk Dr Hasan akhiri dialognya dengan satu kenyataan berani berbunyi, “Kita bukan sekadar berani mencuit sahaja, tetapi berani juga menjentik.”- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending