Connect with us

Antarabangsa

Australia haramkan simbol kebencian Nazi

Peguam Negara Australia, Mark Dreyfus hari ini mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan undang-undang melarang paparan awam simbol kebencian Nazi, selain mengharamkan urus niaga barangan yang dicetak dengan simbol berkenaan, lapor Xinhua.

Wartawan TMT

Published

on

Australia haramkan simbol kebencian Nazi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peguam Negara Australia, Mark Dreyfus hari ini mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan undang-undang melarang paparan awam simbol kebencian Nazi, selain mengharamkan urus niaga barangan yang dicetak dengan simbol berkenaan.
  • Di bawah Rang Undang-Undang Pindaan Perundangan Antikeganasan Australia, individu yang didapati melanggar undang-undang baharu itu boleh berdepan hukuman penjara sehingga 12 bulan.
  • Larangan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada perdagangan dan paparan umum bendera, lilitan lengan, kemeja-t, lencana dan penerbitan simbol dalam talian yang mempromosikan ideologi Nazi.

CANBERRA: Peguam Negara Australia, Mark Dreyfus hari ini mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan undang-undang melarang paparan awam simbol kebencian Nazi, selain mengharamkan urus niaga barangan yang dicetak dengan simbol berkenaan, lapor Xinhua.

Di bawah Rang Undang-Undang Pindaan Perundangan Antikeganasan Australia, individu yang didapati melanggar undang-undang baharu itu boleh berdepan hukuman penjara sehingga 12 bulan.

Larangan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada perdagangan dan paparan umum bendera, lilitan lengan, kemeja-t, lencana dan penerbitan simbol dalam talian yang mempromosikan ideologi Nazi.

Dreyfus berkata, terdapat peningkatan dalam paparan umum simbol-simbol berkenaan dan menangani ekstremisme ganas sayap kanan adalah keutamaan bagi kerajaan Australia.

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending