Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi usaha pastikan pengangkutan, logistik jemaah haji lancar

Timbalan Presiden Pihak Berkuasa Am Pengangkutan Darat dan Logistik Arab Saudi, Fawaz bin Zanaf Al-Sahli berkata berkata pihaknya telah melakukan segala persediaan dan seliaan ke atas semua bentuk perkhidmatan pengangkutan bagi memastikan keselamatan jemaah haji di Tanah Suci.

Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi usaha pastikan pengangkutan, logistik jemaah haji lancar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Timbalan Presiden Pihak Berkuasa Am Pengangkutan Darat dan Logistik Arab Saudi, Fawaz bin Zanaf Al-Sahli berkata berkata pihaknya telah melakukan segala persediaan dan seliaan ke atas semua bentuk perkhidmatan pengangkutan bagi memastikan keselamatan jemaah haji di Tanah Suci.
  • “Kami telah menyelesaikan sejak awal semua kerja penyeliaan dan pengawalseliaan ke atas perkhidmatan pengangkutan darat, laut dan rel serta memastikan syarikat berlesen terlibat mematuhi semua peraturan dan keperluan teknikal demi keselamatan jemaah haji,” kata beliau menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Khamis.
  • Beliau berkata demikian selepas lawatan pemeriksaan lapangan bersama Menteri Pengangkutan Arab Saudi Saleh bin Nasser Al-Jasser bagi memantau persiapan kemudahan dan fasiliti untuk jemaah haji tahun ini.

MAKKAH — Timbalan Presiden Pihak Berkuasa Am Pengangkutan Darat dan Logistik Arab Saudi, Fawaz bin Zanaf Al-Sahli berkata berkata pihaknya telah melakukan segala persediaan dan seliaan ke atas semua bentuk perkhidmatan pengangkutan bagi memastikan keselamatan jemaah haji di Tanah Suci.

“Kami telah menyelesaikan sejak awal semua kerja penyeliaan dan pengawalseliaan ke atas perkhidmatan pengangkutan darat, laut dan rel serta memastikan syarikat berlesen terlibat mematuhi semua peraturan dan keperluan teknikal demi keselamatan jemaah haji,” kata beliau menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas lawatan pemeriksaan lapangan bersama Menteri Pengangkutan Arab Saudi Saleh bin Nasser Al-Jasser bagi memantau persiapan kemudahan dan fasiliti untuk jemaah haji tahun ini.

Beliau berkata antara inisiatif penting yang dibentangkan pihaknya untuk musim haji tahun in termasuk menyediakan 1000 skuter elektrik antara Mina dan Masjidil Haram untuk kegunaan jemaah selain laluan khas pejalan kaki tanpa kenderaan bagi memendekkan masa perjalanan dan memastikan keselamatan mereka.

Beliau berkata, bas pandu sendiri akan mula diuji di laluan yang ditetapkan pada 8 Zulhijjah ini selain akan menggunakan dron bagi memantau kelancaran trafik serta mengukur kualiti udara pada musim haji ini.

Selain itu, lebih 90,000 pemeriksaan telah dilakukan termasuk 13,000 pemeriksaan ke atas pengangkutan bas antara Makkah dan Madinah.

Beliau berkata semua langkah itu dilakukan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan jemaah semasa mengerjakan ibadah haji sehingga mereka selamat pulang ke tanah air masing-masing. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Harley Davidson dikecam taja acara LGBT kanak-kanak

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.
  • Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan kempen Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.
  • Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.
  • Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya.
  • Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan dasar Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.

Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.

Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya, lapor Daily Mail.

Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal itu dikatakan bekerjasama dengan kumpulan politik yang mendorong idea haluan kiri, termasuk Wisconsin LGBT Chamber of Commerce, United Way dan Kempen Hak Asasi Manusia.

Dengan apa berlaku, wang Harley-Davidson menurutnya mempromosikan prosedur perubahan jantina ke atas kanak-kanak.

Sekitar 1,800 pekerja turut diberikan latihan bagaimana menjadi ‘sekutu LGBTQ+’.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending