Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi pantau tahap bunyi, pastikan persekitaran selesa untuk jemaah haji

Arab Saudi membangunkan dan memperkenalkan beberapa perkhidmatan buat julung kalinya untuk jemaah yang menyertai musim haji 2023 bagi memastikan Rukun Islam kelima itu dilaksanakan dengan mudah dan selesa.

Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi pantau tahap bunyi, pastikan persekitaran selesa untuk jemaah haji
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Arab Saudi membangunkan dan memperkenalkan beberapa perkhidmatan buat julung kalinya untuk jemaah sertai musim haji 2023 bagi memastikan Rukun Islam kelima itu dilaksanakan dengan mudah dan selesa.
  • Perkhidmatan ditawarkan pada musim ini seiring perkembangan dunia seperti teknologi termaju, program pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).
  • Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah menyatakan ibadah haji pada 2023 adalah tanpa syarat atau sekatan, sama seperti sebelum pandemik Covid-19.
  • Memetik laporan Saudi Gazette, jumlah jemaah umrah tahun ini turut meningkat sebanyak 30 peratus berbanding 1440 Hijrah.
  • Kos insurans untuk jemaah haji menyaksikan penurunan 73 peratus tahun ini. 
  • Beberapa perkhidmatan diumumkan buat kali pertama musim ini termasuk pilihan pembayaran mudah untuk pakej haji, sekali gus menyumbang banyak dalam memudahkan ibadah haji.
  • Buat pertama kali musim ini, tahap bunyi akan dipantau dan dikawal bagi mengekalkan dan memastikan persekitaran yang tenang dan selesa untuk jemaah sepanjang tempoh haji.
  • Pihak Berkuasa Am Pengangkutan (TGA) menyediakan 1,000 skuter elektrik sebagai perkhidmatan kepada jemaah bagi memudahkan pergerakan mereka di tapak suci.

JEDDAH: Arab Saudi membangunkan dan memperkenalkan beberapa perkhidmatan buat julung kalinya untuk jemaah yang menyertai musim haji 2023 bagi memastikan Rukun Islam kelima itu dilaksanakan dengan mudah dan selesa.

Perkhidmatan yang ditawarkan pada musim ini seiring perkembangan dunia seperti teknologi termaju, program pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).

Pengumuman yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia musim ini ialah penarikan balik sekatan yang dikenakan tiga tahun lalu bagi mengekang penularan  pandemik Covid-19.

Dalam satu pengumuman sebelum ini, Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah menyatakan ibadah haji pada 2023 adalah tanpa syarat atau sekatan, sama seperti sebelum pandemik Covid-19.

Susulan penarikan sekatan, Arab Saudi mengumumkan akan menerima lebih dua juta jemaah haji dari 160 negara.

Memetik laporan Saudi Gazette, jumlah jemaah umrah tahun ini turut meningkat sebanyak 30 peratus berbanding 1440 Hijrah.

Selain itu, kerajaan membenarkan misi haji dari seluruh dunia membuat kontrak dengan mana-mana syarikat yang diberi kebenaran dalam menyediakan perkhidmatan haji di Arab Saudi.

Kos insurans untuk jemaah haji menyaksikan penurunan 73 peratus tahun ini. Harga insurans untuk jemaah haji diturunkan daripada SR109 (RM136) kepada SR29 (RM36.16) manakala untuk umrah diturunkan daripada SR235 (RM293) kepada SR88 (RM109.73), atau 63 peratus.

Musim haji 1444 Hijrah menyaksikan perubahan besar dari segi perluasan perkhidmatan. Beberapa perkhidmatan diumumkan buat kali pertama musim ini termasuk pilihan pembayaran mudah untuk pakej haji, sekali gus menyumbang banyak dalam memudahkan ibadah haji.

Januari lalu, Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan jemaah domestik mempunyai pilihan membayar kos pakej haji dalam tiga ansuran, dan bukannya membayar jumlah penuh sekali gus seperti tahun-tahun sebelumnya.

Inisiatif Makkah Road, antara projek Kementerian Dalam Negeri yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam ibadah haji yang membantu jemaah menyelesaikan prosedur imigresen dari negara asal dengan mudah, telah diperluaskan ke negara seperti Turkiye dan Ivory Coast.

Inisiatif yang dilancarkan pada 2019 buat kali pertama, kini beroperasi di tujuh negara termasuk Pakistan, Malaysia, Indonesia, Maghribi dan Bangladesh selain Turkiye dan Ivory Coast.

Bagi memberi khidmat kepada jemaah haji dan memenuhi keperluan mereka, Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci menyediakan sistem perkhidmatan haji tahun ini dengan jumlah kader yang tertinggi dan terbesar dalam sejarahnya.

Jumlah tenaga kerja di Dua Masjid Suci itu mencecah 14,000 pekerja lelaki dan perempuan yang berkelayakan sepenuhnya.

Sebanyak 1,350 lawatan pemeriksaan akan dijalankan musim ini di semua tapak berkaitan haji, bagi memastikan kualiti udara, melindungi dan memantau sumber air, serta memelihara kawasan daripada pencemaran.

Buat pertama kali musim ini, tahap bunyi akan dipantau dan dikawal bagi mengekalkan dan memastikan persekitaran yang tenang dan selesa untuk jemaah sepanjang tempoh haji.

Jemaah akan menikmati ibadah haji tahun ini dengan beberapa pilihan pengangkutan yang memastikan memudahkan pergerakan di kawasan suci itu.

Pihak Berkuasa Am Pengangkutan (TGA) menyediakan 1,000 skuter elektrik sebagai perkhidmatan kepada jemaah bagi memudahkan pergerakan mereka di tapak suci.

Pihak berkuasa memperuntukkan landasan khusus untuk e-skuter, mengasingkan mereka daripada kenderaan lain dan pejalan kaki bagi memelihara keselamatan jemaah haji.

Trek ini terdiri daripada dua lorong pergi dan balik, sejauh dua kilometer bermula dari stesen Kadana dan berakhir dengan terowong Mahbas Al-Jin, yang menghala ke stesen Bab Ali di Masjidil Haram.

TGA juga melancarkan, buat pertama kalinya, satu percubaan bas elektrik tanpa pemandu untuk melayani jemaah haji musim ini, bertujuan menyediakan teknologi moden inovatif untuk pengangkutan mampan dan mesra alam.

Bas tanpa pemandu menggunakan AI, kamera dan penderia sekeliling untuk beroperasi tanpa campur tangan manusia di sepanjang laluan yang ditetapkan.

Setiap bas mempunyai 11 tempat duduk, beroperasi selama enam jam bagi setiap caj, dan boleh mencapai kelajuan sehingga 30 km/j.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending