Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi jadi tuan rumah kepada 1,000 jemaah haji Palestin

Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud telah mengeluarkan titah diraja untuk menaja dan menjadi tuan rumah kepada 1,000 jemaah haji warga Palestin yang terdiri daripada waris kepada para syuhada dan tahanan serta mereka yang mempunyai ahli keluarga yang cedera, untuk menunaikan haji tahun 1444 Hijrah.

Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi jadi tuan rumah kepada 1,000 jemaah haji Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud telah mengeluarkan titah diraja untuk menaja dan menjadi tuan rumah kepada 1,000 jemaah haji warga Palestin yang terdiri daripada waris kepada para syuhada dan tahanan serta mereka yang mempunyai ahli keluarga yang cedera, untuk menunaikan haji tahun 1444 Hijrah.
  • Inisiatif itu adalah sebahagian daripada acara tahunan program tetamu Penjaga Dua Masjid Suci yang dilaksanakan dan diselia oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi.
  • Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Sheikh Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al Sheikh, mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Putera Mohammed bin Salman atas sokongan berterusan yang diberikan selama ini.
  • Beliau berkata sokongan itu membolehkan dan memudahkan waris para syuhada dan tahanan serta mereka yang mempunyai keluarga yang cedera di Palestin untuk menunaikan ibadah haji.

RIYADH, 12 Jun (Bernama-SPA) — Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud telah mengeluarkan titah diraja untuk menaja dan menjadi tuan rumah kepada 1,000 jemaah haji warga Palestin yang terdiri daripada waris kepada para syuhada dan tahanan serta mereka yang mempunyai ahli keluarga yang cedera, untuk menunaikan haji tahun 1444 Hijrah.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada acara tahunan program tetamu Penjaga Dua Masjid Suci yang dilaksanakan dan diselia oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Sheikh Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al Sheikh, mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Putera Mohammed bin Salman atas sokongan berterusan yang diberikan selama ini.

Beliau berkata sokongan itu membolehkan dan memudahkan waris para syuhada dan tahanan serta mereka yang mempunyai keluarga yang cedera di Palestin untuk menunaikan ibadah haji.

“Kesinambungan sikap murah hati terhadap jemaah haji Palestin yang menunaikan haji setiap tahun dengan tajaan Penjaga Dua Masjid Suci ini adalah sebagai tanda kekuatan hubungan dua negara dan penghargaan baginda terhadap pengorbanan besar yang dilakukan oleh rakyat Palestin,” katanya.

Program untuk tetamu Penjaga Dua Masjid Suci merangkumi semua aspek melaksanakan ibadah haji, termasuk mengunjungi Masjid Nabawi dan tempat-tempat bersejarah, mengadakan pertemuan budaya dan ilmiah serta menyelaraskan pertemuan imam Dua Masjid Suci dengan mereka. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending