Connect with us

Terkini

Anak belum baligh ikuti agama ibu atau bapa yang anuti Islam – Rektor KUIPs

Ulama sepakat mengatakan kanak-kanak belum baligh akan mengikuti agama dianuti ibu atau bapa yang memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Anak belum baligh ikuti agama ibu atau bapa yang anuti Islam - Rektor KUIPs
Foto: Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr Rozaimi Ramle.
  • Ulama sepakat mengatakan kanak-kanak belum baligh akan mengikuti agama dianuti ibu atau bapa yang memeluk Islam.
  • Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr Rozaimi Ramle berkata dalil digunakan dalam perkara ini merujuk sabda Rasulullah SAW mengatakan setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah maka ibu bapa yang menentukan agama anak tersebut.
  • Perkara ini juga membuktikan ibu bapa ataupun salah seorang daripada mereka mempunyai peranan di mana jika ada di antara mereka memeluk Islam maka anaknya akan mengikuti agama itu.
  • Islam membenarkan penukaran agama sepihak kerana ibu bapa mempunyai hak menentukan agama terbaik buat anak di mana ketika ini Islam menjadi agama persekutuan bagi Malaysia.
  • Ia menjadikan Islam mempunyai peranan dan kelebihan berbanding agama lain justeru apabila salah seorang ibu atau bapa masuk Islam maka anak belum baligh akan turut mengikuti agama itu.

KUALA LUMPUR — Ulama sepakat mengatakan kanak-kanak belum baligh akan mengikuti agama dianuti ibu atau bapa yang memeluk Islam.

Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr Rozaimi Ramle berkata dalil digunakan dalam perkara ini merujuk sabda Rasulullah SAW mengatakan setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah maka ibu bapa yang menentukan agama anak tersebut.

Perkara ini juga membuktikan ibu bapa ataupun salah seorang daripada mereka mempunyai peranan di mana jika ada di antara mereka memeluk Islam maka anaknya akan mengikuti agama itu.

“Kalau bapa dia Islam mak dia bukan maka sepakat ulama mengatakan anak yang belum baligh ikut agama bapa iaitu Islam tapi kalau mak masuk Islam ini ada perbezaan pandangan sedikit sepertimana disebutkan dalam Ibnu Qayyim dalam Ahkam ahl al-Zimmah mengatakan kalau mak masuk Islam majoriti ulama mengatakan anak akan ikut agama yang Islam itu.

“Jika mak sahaja masuk Islam, (anak) belum baligh akan ikut agama mak kecuali ada satu pandangan lain. Pandangan itu adalah pandangan yang minoriti dan terpencil,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas polemik membabitkan penukaran agama sepihak melibatkan kanak-kanak yang ibu atau bapanya memeluk agama lain seperti Islam selepas bercerai.

Mengulas lanjut, Rozaimi berkata Islam membenarkan penukaran agama sepihak kerana ibu bapa mempunyai hak menentukan agama terbaik buat anak di mana ketika ini Islam menjadi agama persekutuan bagi Malaysia.

Advertisement

Katanya, posisi itu menjadikan Islam mempunyai peranan dan kelebihan berbanding agama lain justeru apabila salah seorang ibu atau bapa masuk Islam maka anak belum baligh akan turut mengikuti agama itu.

“Sebab itu saya tak hairan enakmen-enakmen kerajaan negeri memang mengatakan sesiapa sahaja memeluk Islam daripada isteri dan suami maka anak belum baligh akan dihukum agamanya berdasarkan agama terbaik yakni Islam.

“Itu kita bincang dari sudut agama tapi hadhanah, Perlis ada fatwa berkenaan hadhanah (hak penjagaan) di mana kalau belum baligh belum mumaiyiz memang dia bergantung kepada sesiapa lebih baik memberikan syafaqah iaitu kasih sayang pada anak itu tapi ibu atau bapa yang muslim wajib diberikan ruang untuk mengajar Islam kepada anak sebab anak ini dikira sudah Islam,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending