Connect with us

Antarabangsa

Ahli Parlimen Gaza fail aduan berkaitan Israel kepada ICC

Lapan Ahli Parlimen dari Semenanjung Gaza mengemukakan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menggesa Israel menarik balik sekatan dan memberikan pampasan kewangan kepada mereka yang terjejas.

Wartawan TMT

Published

on

Ahli Parlimen Gaza fail aduan berkaitan Israel kepada ICC
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lapan Ahli Parlimen dari Semenanjung Gaza mengemukakan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menggesa Israel menarik balik sekatan dan memberikan pampasan kewangan kepada mereka yang terjejas.
  • Timbalan Pengerusi Majlis Perundangan Palestin, Ahmed Bahr berkata mereka melantik peguam dari Perancis, Gilles Duvier, untuk memfailkan aduan kepada pendakwa ICC.
  • Agensi Anadolu melaporkan mereka mendesak ICC mengambil serius aduan itu dan segera mendakwa Israel atas jenayah yang dilakukan rejim itu.
  • Mereka turut meminta ICC menggesa Israel memulakan penubuhan mekanisme berkesan bagi memastikan akauntabiliti terhadap tindakan sekatan dan pencerobohan di Semenanjung Gaza.
  • Aduan itu juga mengandungi tandatangan persatuan peguam Jordan, Gaza dan Maghribi.

ISTANBUL: Lapan Ahli Parlimen dari Semenanjung Gaza mengemukakan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menggesa Israel menarik balik sekatan dan memberikan pampasan kewangan kepada mereka yang terjejas.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Pengerusi Majlis Perundangan Palestin, Ahmed Bahr berkata mereka melantik peguam dari Perancis, Gilles Duvier, untuk memfailkan aduan kepada pendakwa ICC.

Agensi Anadolu melaporkan mereka mendesak ICC mengambil serius aduan itu dan segera mendakwa Israel atas jenayah yang dilakukan rejim itu.

Di samping itu, mereka turut meminta ICC menggesa Israel untuk memulakan penubuhan mekanisme berkesan bagi memastikan akauntabiliti terhadap tindakan sekatan dan pencerobohan di Semenanjung Gaza.

Aduan itu juga mengandungi tandatangan persatuan peguam Jordan, Gaza dan Maghribi.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerugian ekonomi akibat sekatan berjumlah AS$16.7 bilion (RM77 bilion) antara 2007 dan 2018.

Jumlah pampasan yang dituntut bernilai AS$25 bilion (RM116.57 bilion).

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending