Antarabangsa
Abbas harap China bantu perdamaian Palestin-Israel
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menzahirkan harapan agar China terus menyumbang kepada proses perdamaian antara Palestin dengan Israel.

- Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menzahirkan harapan agar China terus menyumbang kepada proses perdamaian antara Palestin dengan Israel.
- “Kami (Palestin) amat berharap China meneruskan usaha ke arah proses keamanan itu. Kami juga harap Israel dapat menerima pengantaraan China.
- “China tidak akan menggunakan isu ini (Palestin-Israel) sebagai ‘alat’ untuk kepentingan peribadi. Negara Tembok Besar itu hanya mahu melihat keamanan di Asia Barat dan seluruh dunia,” kata beliau dalam satu sesi wawancara eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG), baru-baru ini.
- Abbas turut menyatakan persetujuan dengan syor Presiden China Xi Jinping berhubung penyelesaian isu Palestin.
- “Kami menerima cadangan yang dikemukakan Presiden Xi. China menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat Palestin, termasuk dalam bentuk ekonomi, kemanusiaan, kemasyarakatan dan perindustrian.
BEIJING — Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menzahirkan harapan agar China terus menyumbang kepada proses perdamaian antara Palestin dengan Israel.
“Kami (Palestin) amat berharap China meneruskan usaha ke arah proses keamanan itu. Kami juga harap Israel dapat menerima pengantaraan China.
“China tidak akan menggunakan isu ini (Palestin-Israel) sebagai ‘alat’ untuk kepentingan peribadi. Negara Tembok Besar itu hanya mahu melihat keamanan di Asia Barat dan seluruh dunia,” kata beliau dalam satu sesi wawancara eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG), baru-baru ini.
Abbas turut menyatakan persetujuan dengan syor Presiden China Xi Jinping berhubung penyelesaian isu Palestin.
“Kami menerima cadangan yang dikemukakan Presiden Xi. China menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat Palestin, termasuk dalam bentuk ekonomi, kemanusiaan, kemasyarakatan dan perindustrian.
“Selain itu, China sentiasa berdiri di sisi rakyat Palestin, baik di peringkat rantau mahupun antarabangsa, terutamanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC),” tambahnya.
Ketika mengulas mengenai lawatan ke Beijing, Abbas menyifatkannya sebagai amat signifikan kerana ia menyaksikan penaiktarafan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik.
“Lawatan kali ini amat berhasil. Selain bertemu Presiden Xi, saya juga menyaksikan siri dokumen kerjasama dimeterai membabitkan bidang sosioekonomi, budaya, pertanian dan pembinaan bandar kembar,” katanya. – Bernama
Sumber: Bernama
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS