Connect with us

Antarabangsa

9 dari 10 negara termiskin dunia ialah dari Afrika – Bank Dunia

Menurut laporan Bank Dunia, sembilan daripada 10 negara yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di dunia ialah negara dari Benua Afrika.

Wartawan TMT

Published

on

9 dari 10 negara termiskin dunia ialah dari Afrika – Bank Dunia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sembilan daripada 10 negara yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di dunia ialah negara dari Benua Afrika.
  • Ia berdasarkan laporan Kadar Kemiskinan Mengikut Negara 2023 Bank Dunia dipetik laman World Population Review.
  • Antara puncanya termasuk kepesatan pertumbuhan penduduk, perubahan iklim dan penyebaran penyakit.

Menurut laporan Bank Dunia, sembilan daripada 10 negara yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di dunia ialah negara dari Benua Afrika.

Negara itu termasuk Sudan Selatan (82.3 peratus), diikuti Equatorial Guinea (76.8 peratus), Madagascar (70.7 peratus) dan lain-lain lagi, demikian menurut laporan Kadar Kemiskinan Mengikut Negara 2023 menerusi laman World Population Review.

Memetik laporan SOS Children Villages, kepesatan pertumbuhan penduduk di benua itu merupakan antara punca kemiskinan yang dialami apabila pertumbuhan ekonomi tidak mampu bergerak seiring dengannya.

Kajian Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pula mendedahkan yang  populasi di Afrika akan meningkat dua kali ganda menjelang 2050 kepada 2 bilion orang.

Selain itu, perubahan iklim yang membawa banjir besar dan kemarau melampau di benua kedua terbesar dunia itu sejak beberapa dekad lalu turut menjejaskan hasil pertanian mereka.

Penyakit seperti AIDS, malaria atau Ebola adalah punca tetapi ia juga akibat dari kemiskinan di Afrika apabila kekurangan pendidikan dan rawatan perubatan menyebabkan penyakit merebak lebih cepat dan tidak boleh dirawat.

Purata jangka hayat penduduk semakin berkurangan dan bilangan anak yatim semakin bertambah, sekaligus mengakibatkan kehilangan buruh dalam pertanian yang menjejaskan pengeluaran makanan.

Islam mensyariatkan ibadah korban pada hari raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik bagi memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat.

Perkara itu jelas melalui pengagihan daging korban kepada golongan yang berhak menerimanya, khususnya fakir miskin dan yang memerlukan.

Selain itu, ibadah korban juga bertujuan untuk mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan yang Allah SWT.

Bersempena Aidiladha hujung bulan ini, Mercy Mission Malaysia bekerjasama dengan Imam Development Program (IDP) membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai Program MyQurban 2023 di Benua Afrika.

Ibadah itu akan dilakukan di lapan negara Afrika dengan hanya RM500 bagi seekor kambing dan tempahan korban boleh dibuat melalui pautan MyQurban – The Merdeka Times

Sumber: SOS Children Villages, World Population Review

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending