Connect with us

Antarabangsa

80 peratus kanak-kanak Gaza alami tekanan psikologi akibat sekatan rejim Zionis

Lapan daripada 10 kanak-kanak di Semenanjung Gaza berdepan tekanan psikologi akibat sekatan rejim pengganas Israel ke atas wilayah terkepung itu.

Wartawan TMT

Published

on

80 peratus kanak-kanak Gaza alami tekanan psikologi akibat sekatan rejim Zionis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lapan daripada 10 kanak-kanak di Semenanjung Gaza berdepan tekanan psikologi akibat sekatan rejim pengganas Israel ke atas wilayah terkepung itu.
  • Ketua Pengarah Kesihatan Mental Gaza, Dr Yasser Abu Jameh mendedahkannya menerusi kajian dan penyelidikan yang menunjukkan kesan psikologi terhadap penduduk di Gaza.
  • Save the Children – sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa – tahun lalu mendedahkan secara majoriti atau 80 peratus kanak-kanak di Gaza mengalami masalah mental.
  • Dua pertiga daripada ibu bapa Gaza mengaku tidak mampu memberi sokongan kepada anak-anak mereka dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.
  • Beberapa statistik terbaharu menunjukkan lebih daripada 200,000 rakyat di Semenanjung Gaza dan sekurang-kurangnya generasi ke-10 berdepan tekanan dan mencapai tahap gangguan mental yang sederhana dan teruk.

GAZA, 8 Zulhijjah 1444H, Selasa – Lapan daripada 10 kanak-kanak di Semenanjung Gaza berdepan tekanan psikologi akibat sekatan rejim pengganas Israel ke atas wilayah terkepung itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Mental Gaza, Dr Yasser Abu Jameh mendedahkannya menerusi kajian dan penyelidikan yang menunjukkan kesan psikologi terhadap penduduk di Gaza.

Malah, Save the Children – sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa – tahun lalu mendedahkan secara majoriti atau 80 peratus kanak-kanak di Gaza mengalami masalah mental.

Selain itu, dua pertiga daripada ibu bapa Gaza mengaku tidak mampu memberi sokongan kepada anak-anak mereka dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Menurut Dr Abu Jameh, masyarakat Palestin di Semenanjung Gaza yang terkepung juga berdepan masalah lain – terutamanya sekatan Israel – sekali gus menyebabkan dua pertiga daripada rakyat menjadi pelarian.

Selain itu, hampir separuh daripada mereka menganggur, situasi berkenaan sekali gus menunjukkan mereka berdepan realiti tekanan yang kuat.

Beberapa statistik terbaharu menunjukkan lebih daripada 200,000 rakyat di Semenanjung Gaza dan sekurang-kurangnya generasi ke-10 berdepan tekanan dan mencapai tahap gangguan mental yang sederhana dan teruk.

“Statistik ini adalah selari dengan laporan antarabangsa yang mengesahkan kira-kira 10 peratus penduduk di kawasan yang terdedah kepada krisis kemanusiaan atau akibat peperangan mengalami penyakit mental sederhana hingga teruk,” katanya.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

90 terbunuh, 300 cedera Israel bedil “zon selamat” Al-Mawasi

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.
  • Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.
  • Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.
  • Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.

Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

“Tentera pendudukan melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan mengebom kem orang ramai yang terusir di kawasan Al-Mawasi di Khan Younis… (dengan mangsanya) melibatkan individu dan pegawai dari Pertahanan Awam, menurut kiraan awal,” katanya.

Al Jazeera melaporkan lebih 38,443 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 88,481 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending