Connect with us

Terkini

60 tahun merdeka masih bincang isu perpaduan, salah siapa?

Setelah enam dekad kemerdekaan, masalah perpaduan bangsa dan negara masih lagi dibincangkan.

Hanani Zulkifli

Published

on

60 tahun merdeka masih bincang isu perpaduan, salah siapa?
Foto: Prof Datuk Dr Zainal Kling (kiri) dan Datuk Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz (kanan).
  • Setelah enam dekad kemerdekaan, masalah perpaduan bangsa dan negara masih lagi dibincangkan. 
  • Pengerusi Bersama Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Datuk Dr Zainal Kling dalam kenyataanya ketika majlis dialog Randau ke-17 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan di Wisma MPM pada Sabtu lalu berkata, kepincangan itu berpunca daripada kegagalan pelaksana Perlembagaan Persekutuan mencapai perpaduan bangsa yang menjadi objektif perlembagaan. 
  • Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz turut mempersoalkan mengapa penterjemahan Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Melayu masih diguna pakai walaupun sudah 60 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. 

KUALA LUMPUR – Setelah enam dekad kemerdekaan, masalah perpaduan bangsa dan negara masih lagi dibincangkan.

Pengerusi Bersama Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata kepincangan itu berpunca daripada kegagalan pelaksana Perlembagaan Persekutuan untuk mencapai perpaduan bangsa yang menjadi objektif perlembagaan.

Zainal menyifatkan sikap pemimpin yang ragu dan syak wasangka dalam berbahasa Melayu, malah terus bertutur bahasa asing masih berada dalam minda terjajah.

Beliau berkata perpaduan bangsa hanya akan tercapai dengan pematuhan, pelaksanaan dan dukungan sepenuhnya terhadap Perlembagaan Persekutuan, terutamanya peruntukan-peruntukan tegas seperti Perkara 152 yang memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Langkah itu terbukti berjaya membina sebuah tamadun bahasa Melayu di Indonesia dan empayar Melayu terdahulu yang terpadu bangsa dan negaranya atas landasan bahasa.

“Kerana itu seharusnya tiadalah kekurangan keyakinan untuk membina peradaban tamadun berbahasa Melayu di Malaysia kerana inilah tempat tumbuhnya dan lahirnya bahasa Melayu,” katanya dalam kenyataan pengerusi bersama MPM ketika majlis dialog Randau ke-17 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan di Wisma MPM pada Sabtu lalu.

Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz turut bersetuju dengan kenyataan Zainal dan mempertikai mengapa penterjemahan perlembagaan bahasa masih digunapakai walaupun sudah 60 tahun mencapai kemerdekaan.

“Adakah kita masih perlukan penterjemahan itu lagi?” katanya.

Shamrahayu menggesa kerajaan supaya membuat penelitian dan pindaan Akta Bahasa Kebangsaan bagi memperkukuh kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan lantas terus memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending