Connect with us

Antarabangsa

300 kuliah dalam pelbagai bahasa untuk jemaah haji

300 kuliah pendidikan dan pelajaran Fiqah akan disiarkan melalui platform Manarat Al-Haramain sempena musim haji.

Wartawan TMT

Published

on

300 kuliah dalam pelbagai bahasa untuk jemaah haji
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 300 kuliah pendidikan dan pelajaran Fiqah akan disiarkan melalui platform Manarat Al-Haramain.
  • Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bekerjasama dengan Majlis Ulama Kanan untuk menjayakan inisiatif itu.
  • Program yang akan disertai ramai ahli majlis, imam dan pendakwah dari dua nasjid suci itu menyasarkan sehingga 1,000 jam penyiaran digital dalam 10 bahasa sepanjang musim haji tahun ini.
  • Perkhidmatan terjemahan, bimbingan ruang dan sesi soal jawab dalam 51 bahasa juga diwujudkan di 49 lokasi dalam Masjidil Haram dan 23 lokasi dalam Masjid Nabawi.

300 kuliah pendidikan dan pelajaran Fiqah akan disiarkan melalui platform Manarat Al-Haramain sempena musim haji.

Memetik laporan BNN, Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bekerjasama dengan Majlis Ulama Kanan untuk menjayakan program pendidikan itu.

Inisiatif itu selaras dengan matlamat untuk meningkatkan pengalaman haji secara keseluruhan dan menyediakan sumber untuk jemaah mendalami ilmu agama.

Program yang akan disertai ramai ahli majlis, imam dan pendakwah dari dua masjid suci itu menyasarkan sehingga 1,000 jam penyiaran digital dalam 10 bahasa sepanjang musim haji tahun ini.

Bagi memudahkan komunikasi dan penglibatan, Presidensi juga mengatur perkhidmatan terjemahan, bimbingan ruang dan sesi soal jawab dalam 51 bahasa.

Perkhidmatan itu boleh didapati di 49 lokasi dalam Masjidil Haram dan 23 lokasi dalam Masjid Nabawi.

Jemaah haji akan berpeluang untuk mendapatkan penjelasan dan pemahaman lebih mendalam mengenai hal agama dan menerima bimbingan disesuaikan dengan keperluan linguistik mereka.

Usaha mewujudkan akses dalam pelbagai bahasa itu adalah bukti komitmen mereka terhadap keterangkuman dan memenuhi keperluan jemaah yang terdiri dari pelbagai masyarakat antarabangsa.

Sumber: BNN

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending