Connect with us

Antarabangsa

22 rakyat Palestin ditahan, Israel serbu Tebing Barat

Dua rakyat Palestin cedera dan 22 lagi ditahan dalam serbuan tentera pengganas Israel di Tebing Barat yang diduduki pada Isnin, menurut NGO tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

22 rakyat Palestin ditahan, Israel serbu Tebing Barat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dua rakyat Palestin cedera dan 22 lagi ditahan dalam serbuan tentera pengganas Israel di Tebing Barat yang diduduki pada Isnin, menurut NGO tempatan.
  • Tentera Israel menyerbu bandar Dayr al-Ghusun dan Anabta berhampiran bandar Tulkarem di utara Tebing Barat, sekaligus mencetuskan pertempuran dengan penduduk tempatan, lapor agensi berita Palestin, Wafa.
  • Dua rakyat Palestin cedera akibat ditembak tentera haram Israel, manakala puluhan yang lain mengalami sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata.
  • Sementara itu, NGO Persatuan Tahanan Palestin berkata, 22 rakyatnya turut ditahan tentera pengganas Israel, termasuk 15 individu di bandar Al-Mughayer, timur bandar Ramallah.
  • “Pekan itu berada di bawah kepungan tentera Israel sejak 24 hari lalu,” tambah NGO itu dalam satu kenyataan.

RAMALLAH – Dua rakyat Palestin cedera dan 22 lagi ditahan dalam serbuan tentera pengganas Israel di Tebing Barat yang diduduki pada Isnin, menurut NGO tempatan.

Tentera Israel menyerbu bandar Dayr al-Ghusun dan Anabta berhampiran bandar Tulkarem di utara Tebing Barat, sekaligus mencetuskan pertempuran dengan penduduk tempatan, lapor agensi berita Palestin, Wafa.

Dua rakyat Palestin cedera akibat ditembak tentera haram Israel, manakala puluhan yang lain mengalami sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata.

Sementara itu, NGO Persatuan Tahanan Palestin berkata, 22 rakyatnya turut ditahan tentera pengganas Israel, termasuk 15 individu di bandar Al-Mughayer, timur bandar Ramallah.

“Pekan itu berada di bawah kepungan tentera Israel sejak 24 hari lalu,” tambah NGO itu dalam satu kenyataan.

Tiada maklum balas segera dikeluarkan tentera Israel mengenai laporan itu.

Tentera Israel kerap melakukan kempen penangkapan di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki dengan alasan untuk mencari rakyat Palestin yang dikehendaki.

Advertisement

Menurut angka Palestin, Israel kini menahan kira-kira 4,800 tahanan Palestin.

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending