Connect with us

Antarabangsa

15 sekeluarga maut keracunan makanan

Lima belas ahli keluarga di luar bandar Namibia maut selepas makan bubur beracun, dalam kes keracunan makanan antara paling teruk di negara itu, kata polis pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

15 sekeluarga maut keracunan makanan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lima belas ahli keluarga di luar bandar Namibia maut selepas makan bubur beracun, dalam kes keracunan makanan antara paling teruk di negara itu, kata polis pada Rabu.
  • Media tempatan melaporkan keluarga yang sangat miskin itu memakan bubur diperbuat daripada sisa bijirin bancuhan minuman beralkohol.
  • “Setakat ini, ini adalah jumlah kematian terbesar yang disyaki akibat pengambilan yang mungkin bahan toksik,” – Jurucakap polis, Kauna Shikwambi.

WINDHOEK, NAMIBIA: Lima belas ahli keluarga di luar bandar Namibia maut selepas makan bubur beracun, dalam kes keracunan makanan antara paling teruk di negara itu, kata polis pada Rabu.

Media tempatan melaporkan keluarga yang sangat miskin itu memakan bubur yang diperbuat daripada sisa bijirin bancuhan minuman beralkohol.

Mangsa, sebahagian daripada 21 ahli keluarga di sebuah kampung di wilayah timur laut Kavango East jatuh sakit selepas makan malam pada Sabtu dan dikejarkan ke hospital, kata polis.

Setakat ini, 15 telah meninggal dunia, kata jurucakap polis Kauna Shikwambi kepada AFP.

“Setakat ini, ini adalah jumlah kematian terbesar yang disyaki akibat pengambilan yang mungkin bahan toksik,” kata Shikwambi.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending