Antarabangsa
11 maut dalam letupan ketika pengebumian Timbalan Gabenor di utara Afghanistan
Satu letupan berlaku di dalam sebuah masjid di utara Afghanistan semalam, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang ketika pengebumian timbalan Gabenor wilayah Taliban yang maut dalam serangan awal minggu ini, kata pegawai.

- Satu letupan berlaku di dalam sebuah masjid di utara Afghanistan semalam, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang ketika pengebumian timbalan Gabenor wilayah Taliban yang maut dalam serangan awal minggu ini, kata pegawai.
- Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Taliban berkata, bahawa lebih 30 orang turut cedera dalam letupan di Badakhshan, sebuah wilayah di utara jauh negara itu yang bersempadan dengan China dan Tajikistan.
- Militan Islamic States (IS) mengaku bertanggungjawab ke atas bom kereta, semalam, yang membunuh timbalan Gabenor Badakhshan.
KABUL: Satu letupan berlaku di dalam sebuah masjid di utara Afghanistan semalam, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang ketika pengebumian timbalan Gabenor wilayah Taliban yang maut dalam serangan awal minggu ini, kata pegawai.
Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Taliban berkata, bahawa lebih 30 orang turut cedera dalam letupan di Badakhshan, sebuah wilayah di utara jauh negara itu yang bersempadan dengan China dan Tajikistan.
Militan Islamic States (IS) mengaku bertanggungjawab ke atas bom kereta, semalam, yang membunuh timbalan Gabenor Badakhshan.
Pentadbiran Taliban telah melakukan serbuan terhadap anggota Negara Islam, yang telah mendakwa beberapa serangan besar di pusat bandar.
IS menyasarkan pegawai pentadbiran Taliban, termasuk mendakwa pembunuhan gabenor wilayah Balkh utara dalam serangan ke atas pejabatnya pada Mac.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS