Connect with us

Terkini

11 kes rabies, sembilan kematian dilapor di Sarawak

Sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia; termasuk sembilan kes kematian, telah dilaporkan di Sarawak sejak 1 Januari 2023 sehingga 15 Mei 2023.

Wartawan TMT

Published

on

11 kes rabies, sembilan kematian dilapor di Sarawak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia termasuk sembilan kes kematian, telah dilaporkan di Sarawak sejak 1 Januari 2023 sehingga 15 Mei 2023.
  • Ini menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak, sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 sebanyak 66 kes dengan 59 kematian.
  • Daripada 11 kes yang dilaporkan pada tahun 2023 ini, empat kes masing-masing dari Sibu dan Serian, dua kes dari Kuching, dan satu kes dari Bintulu.
  • Rabies merupakan penyakit sistem saraf disebabkan jangkitan virus rabies dan virus ini terdapat dalam air liur haiwan dijangkiti boleh menjangkiti manusia melalui gigitan atau semasa kontak langsung dengan air liur haiwan yang dijangkiti, sama ada melalui luka atau lapisan mukosa tubuh, termasuklah kesan cakar oleh kucing peliharaan atau kucing liar.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia; termasuk sembilan kes kematian, telah dilaporkan di Sarawak sejak 1 Januari 2023 sehingga 15 Mei 2023.

Ini menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak, sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 sebanyak 66 kes dengan 59 kematian.

Daripada 11 kes yang dilaporkan pada tahun 2023 ini, empat kes masing-masing dari Sibu dan Serian, dua kes dari Kuching, dan satu kes dari Bintulu.

Kes membabitkan pesakit dalam lingkungan enam hingga 63 tahun.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hasaan berkata, lapan kes yang dilaporkan pada tahun ini mempunyai sejarah digigit oleh anjing, dua kes mempunyai sejarah digigit atau dicakar oleh kucing, manakala satu kes tidak diketahui oleh ahli keluarga sama ada mempunyai sejarah digigit atau dicakar oleh haiwan.

Rabies merupakan penyakit sistem saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus rabies dan virus ini terdapat dalam air liur haiwan yang dijangkiti serta boleh menjangkiti manusia melalui gigitan atau semasa kontak langsung dengan air liur haiwan yang dijangkiti, sama ada melalui luka atau lapisan mukosa tubuh, termasuklah kesan cakar oleh kucing peliharaan atau kucing liar.

Ia boleh menyebabkan kematian sekiranya jangkitan tersebut merebak ke otak.

“Masih terdapat risiko jangkitan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak berikutan terdapat haiwan yang positif rabies. Justeru, orang awam dinasihati agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri dari dijangkiti virus rabies,” katanya dalam kenyataan.

Sekiranya digigit atau dicakar atau terkena air liur haiwan, luka mesti segera dicuci menggunakan air mengalir dan sabun sekurang-kurangnya selama 15 minit; segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital terdekat; pastikan vaksin anti-rabies lengkap diterima mengikut janji temu yang diberikan oleh pengamal perubatan dan tidak mengendalikan sebarang haiwan liar, termasuk anjing dan kucing liar sama ada yang hidup mahupun yang telah mati.

Muhammad Radzi berkata, sejumlah 31 buah fasiliti KKM di seluruh Negeri Sarawak telah dikenal pasti bagi menyediakan perkhidmatan rawatan gigitan haiwan termasuk pemberian vaksin anti-rabies.

Manakala sembilan buah hospital turut memberikan perkhidmatan suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) kepada kes-kes berisiko tinggi. – MalaysiaGazette

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending