Antarabangsa
Uganda lulus RUU hukuman mati pasangan LGBT amal seks ketika HIV positif
Parlimen Uganda meluluskan rang undang-undang anti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang membenarkan pelaksanaan hukuman mati bagi golongan lelaki yang didapati bersalah melakukan hubungan seks sejenis apabila menghidap jangkitan HIV positif.

- Parlimen Uganda meluluskan rang undang-undang anti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang membenarkan pelaksanaan hukuman mati bagi golongan lelaki yang didapati bersalah melakukan hubungan seks sejenis apabila menghidap jangkitan HIV positif.
- Sebelum ini, rang undang-undang itu dikecam hebat oleh Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila pertama kali diterima pakai pada Mac lalu.
- Lapor Daily Mail, rang undang-undang baharu itu menetapkan hukuman mati bagi kesalahan hubungan seks lelaki dengan lelaki (homoseksual) yang teruk.
- Rang undang-undang itu juga menetapkan hukuman penjara 20 tahun kerana `menggalakkan homoseksual’.
KAMPALA: Parlimen Uganda meluluskan rang undang-undang anti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang membenarkan pelaksanaan hukuman mati bagi golongan lelaki yang didapati bersalah melakukan hubungan seks sejenis apabila menghidap jangkitan HIV positif.
Sebelum ini, rang undang-undang itu dikecam hebat oleh Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila pertama kali diterima pakai pada Mac lalu.
Lapor Daily Mail, rang undang-undang baharu itu menetapkan hukuman mati bagi kesalahan hubungan seks lelaki dengan lelaki (homoseksual) yang teruk.
Rang undang-undang itu juga menetapkan hukuman penjara 20 tahun kerana `menggalakkan homoseksual’.
Para aktivis berpandangan langkah itu secara praktikal melanggar sebarang advokasi yang menyokong hak LGBTQ.
Rang undang-undang itu kini diserahkan kepada Presiden Yoweri Museveni untuk ditandatangani, sama ada ia diluluskan sebagai undang-undang atau sebaliknya.
Museveni yang lantang menentang hak LGBTQ, memberi isyarat merancang untuk menandatangani rang undang-undang itu sebaik sahaja beberapa perubahan tertentu dilakukan.
Difahamkan, pemimpin itu menyokong pindaan rang undang-undang lama dengan langkah-langkah untuk `memulihkan’ golongan gay.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada rang undang-undang baharu ini memenuhi permintaannya.
Undang-undang itu dipinda untuk mengambil maklum bahawa ia mengenal pasti LGBTQ bukanlah satu jenayah.
Ia juga menyemak semula langkah yang mewajibkan orang ramai melaporkan kejadian aktiviti homoseksual, dengan hanya memerlukan pelaporan apabila kanak-kanak terlibat.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini22 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak