Connect with us

Terkini

Tujuh sekolah daif lewat baik pulih ketika lebih RM72.5 juta diperuntukkan kepada sekolah swasta Cina – PEMBELA

Tujuh sekolah daif terdiri dari Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) didapati memasuki fasa lewat dibaik pulih sementara lebih RM72.5 juta disalurkan ke sekolah swasta Cina, demikian menurut Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Tujuh sekolah daif lewat baik pulih ketika lebih RM72.5 juta diperuntukkan kepada sekolah swasta Cina – PEMBELA
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Ia dilaporkan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menerusi hantaran di Facebook.
  • Semakan NGO itu di laman web Projek Daif MOE mendapati status tujuh sekolah daif di Sabah dan Sarawak itu telah memasuki fasa lewat untuk baik pulih sedangkan ia disenaraikan sejak 2021, ada diantaranya alami kelewatan lebih 24 peratus.
  • “Peruntukan yang dipertikaikan ini harus dikembalikan untuk memperkasakan sistem persekolahan Kebangsaan.
  • “Adalah amat menyedihkan, bila mana para ibu bapa yang setia menghantar anak-anak mereka ke Sekolah-Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan yang daif ini, dilayan keperluan anak-anak mereka seperti anak tiri kerajaan,” kata PEMBELA
  • Sebanyak 84 senarai sekolah daif disenaraikan sejak 2021 masih belum dimulakan kerja baik pulih kerana mengikut jadual, berbeza dengan bantuan kepada Sekolah Persendirian Swasta Cina yang diberikan secara efisien saban tahun tanpa jadual.

KUALA LUMPUR – Tujuh sekolah daif terdiri dari Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) didapati memasuki fasa lewat dibaik pulih sementara lebih RM72.5 juta disalurkan ke sekolah swasta Cina, demikian menurut Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

Semakan NGO itu di laman web Projek Daif MOE mendapati status tujuh sekolah daif di Sabah dan Sarawak itu telah memasuki fasa lewat untuk baik pulih sedangkan ia disenaraikan sejak 2021 dan ada di antaranya mengalami kelewatan lebih 24 peratus.

Tujuh sekolah terbabit ialah SK Kaingaran (lewat 3.95 peratus); SK Tanjung Aru (lewat 24.5 peratus); SK Tagas-Tagas (lewat 5.78 peratus); SK Sikuati (0.4 peratus); SK Kerukan (7.74 peratus); SMK Kunak (14.79 peratus) dan SMK Sg. Paoh (1.52 peratus).

PEMBELA mendakwa sejak 2019 kerajaan salurkan peruntukan yang dipertikaikan sebagai tidak berperlembagaan kepada Sekolah-Sekolah Swasta Cina seperti dinyatakan iaitu Kerajaan Pakatan Harapan 2019 (RM 12 Juta); Kerajaan Perikatan Nasional 2020  (RM 15 Juta); Kerajaan Perikatan Nasional 2021 (RM 15 Juta); Kerajaan Perikatan Nasional 2022 (RM 15 Juta) dan Kerajaan Perpaduan 2023 (RM 15.75 Juta).

“Peruntukan yang dipertikaikan ini harus dikembalikan untuk memperkasakan sistem persekolahan Kebangsaan.

“Adalah amat menyedihkan, bila mana para ibu bapa yang setia menghantar anak-anak mereka ke Sekolah-Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan yang daif ini, dilayan keperluan anak-anak mereka seperti anak tiri kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi laman web sama, sebanyak 84 senarai sekolah daif yang disenaraikan sejak 2021, masih belum dimulakan kerja baik pulih kerana mengikut jadual.

Bagaimanapun, layanan itu dikatakan berbeza dengan bantuan kepada Sekolah Persendirian Swasta Cina yang diberikan secara efisien saban tahun tanpa jadual.

Menurut PEMBELA, semua data berkenaan diperolehi dari laman web https://projekdaif.moe.gov.my/ yang kali terakhir dikemaskini pada 19 April 2023.

“PEMBELA menuntut supaya semua amalan yang dipertikaikan seperti ini dihentikan segera. Semua pihak terlibat dengan kelulusan pemberian dana ini, harus dipertanggungjawabkan,” katanya.

Terdahulu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan permohonan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara.

Kelulusan itu diberikan Anwar susulan permohonan bertulis Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) pada 28 Feb lalu.

Perkara itu mencetuskan pelbagai pertikaian dan polemik daripada banyak pihak yang ada menegaskan pemberian bantuan berjumlah puluhan jutaan ringgit kepada sekolah swasta (yang menolak Bahasa Kebangsaan) adalah tiada dalam Perlembagaan.

Sarjana Bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong turut mengatakan sekolah persendirian Cina tidak seharusnya diberikan keistimewaan kerana tidak mematuhi Akta Pendidikan 1996. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam – PEMBELA

Author