Connect with us

Terkini

Bantuan untuk sekolah swasta tiada dalam Perlembagaan – NGO

“Tiada langsung dalam Perlembagaan yang membolehkan sekolah swasta (yang menolak Bahasa Kebangsaan) dibantu secara tetap berpuluh juta, malah berbilion setiap tahun”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Bantuan untuk sekolah swasta tiada dalam Perlembagaan – NGO
Foto: Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari.
  • Tiada langsung dalam Perlembagaan yang membolehkan sekolah swasta (yang menolak Bahasa Kebangsaan) dibantu secara tetap berpuluh juta, malah berbilion setiap tahun”.
  • Demikian menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari susulan kerajaan dilapor meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara.
  • Apa yang perlu diketahui adalah kerajaan negeri dan Malaysia wajib memberi bantuan kepada institusi-institusi Islam sebagaimana dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya kepada sekolah swasta yang menolak Bahasa Kebangsaan.

KUALA LUMPUR – “Tiada langsung dalam Perlembagaan yang membolehkan sekolah swasta (yang menolak Bahasa Kebangsaan) dibantu secara tetap berpuluh juta, malah berbilion setiap tahun”.

Demikian menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari susulan kerajaan dilapor meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara.

Katanya, apa perlu diketahui adalah kerajaan negeri dan Malaysia wajib memberi bantuan kepada institusi-institusi Islam sebagaimana dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya kepada sekolah swasta yang menolak Bahasa Kebangsaan.

Menerusi hantaran Facebook (FB) berbeza, beliau turut mempertikaikan keberadaan suara ahli politik Melayu Islam dalam perkara ini yang dibangkitkan sejak 20 April hingga 24 April lalu.

“Sebuah sekolah swasta dapat RM250 ribu. Itu tunai. Belum cerita guru kerajaan yang mengajar, bil api, bil air dan bantuan buku teks, semuanya peruntukan pendidikan. Siapa peduli?

“Nampaknya, masih belum ada ahli politik Melayu Islam yang boleh dipercayai malah ‘seekor’ pun tak bangkitkan isu ini sejak 20 April sehingga raya ketiga. 

“Semua buat senyap. Sebab? Seekor dengan DAP, seekor dengan MCA dan seekor dengan GERAKAN,” katanya dalam hantaran FB itu.

Terdahulu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan permohonan itu.

Setiausaha Agung DAP itu berkata setiap sekolah akan menerima bantuan RM250,000 yang akan diberikan dua minggu selepas cuti hari raya puasa dengan majlis penyerahan rasminya pada 5 Mei depan.

Kelulusan itu diberikan Anwar susulan permohonan bertulis Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) pada 28 Feb lalu. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Cikgu Izzat Johari 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *