Connect with us

Antarabangsa

Tiru aksi ‘Tom & Jerry’, kanak-kanak empat tahun lompat dari tingkat 26

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun setengah meniru aksi kartun ‘Tom & Jerry’ menjadikan payung sebagai payung terjun sebelum melompat dari balkoni rumahnya di tingkat 26.

Wartawan TMT

Published

on

Tiru aksi 'Tom & Jerry', kanak-kanak empat tahun lompat dari tingkat 26
Foto: Seorang kanak-kanak lelaki meniru aksi kartun 'Tom & Jerry' menjadikan payung sebagai payung terjun sebelum melompat dari balkoni rumahnya di tingkat 26.
  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun setengah meniru aksi kartun ‘Tom & Jerry’ menjadikan payung sebagai payung terjun sebelum melompat dari balkoni rumahnya di tingkat 26.
  • Menurut Oriental Daily yang memetik media tempatan, kejadian itu berlaku pada tengah hari 26 Mei lalu di Hunan, China.
  • Laporan tempatan pada 27 Mei mengatakan kanak-kanak itu kini dirawat di hospital dengan beberapa keretakan di bahagian badan tetapi berada dalam keadaan stabil.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun setengah meniru aksi kartun ‘Tom & Jerry’ menjadikan payung sebagai payung terjun sebelum melompat dari balkoni rumahnya di tingkat 26.

Menurut Oriental Daily yang memetik media tempatan, kejadian itu berlaku pada tengah hari 26 Mei lalu di Hunan, China.

Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak itu bekerja di luar kawasan.

Kanak-kanak itu dan kakaknya dijaga nenek mereka.

Ketika kejadian, nenek mangsa keluar untuk menjemput kakak mangsa.

Disebabkan berbadan ringan dan ditahan pokok, kanak-kanak itu hanya patah tangan kanan dan nyawanya tidak terancam.

Laporan tempatan pada 27 Mei lalu mengatakan kanak-kanak itu kini dirawat di hospital dengan beberapa keretakan di bahagian badan, tetapi berada dalam keadaan stabil.

Sumber: Oriental Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Modi mengaku diutus tuhan

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.
  • Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.
  • Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.
  • “Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 
  • “Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 
  • “Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.
  • Modi dilaporkan berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.
  • “Perdana Menteri (Modi) yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.

Free Press Kashmir melaporkan Modi berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.

Dalam temu bual dengan News18 pada 14 Mei lalu, sebelum memfailkan kertas pencalonan Lok Sabha (Dewan Rakyat India) bagi kawasan Varanasi, Modi membuat kenyataan mengaitkan hubungan ketuhanan membabitkan dirinya.

“Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 

“Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 

“Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.

Modi sebelum ini menyebut dirinya sebahagian daripada rancangan tuhan, tetapi komen dibuat dalam tempoh kempen pilihan raya yang semakin sengit menarik perhatian ramai.

Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh mengkritik kenyataan Modi dan menyifatkannya sebagai cerminan “khayalan dan keangkuhan yang belum pernah berlaku sebelum ini”, mencadangkan perkara itu sebagai indikasi kekalahannya akan datang. 

“Perdana Menteri yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ramesh. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending