Terkini
Tiket penerbangan serendah RM99 ke Bangkok, MYAirline buat netizen teruja
Thailand menjadi negara pertama bagi penerbangan antarabangsa pilihan MYAirline dengan rata-rata netizen teruja dengan harga promosi RM99 ditawarkan.
- Thailand menjadi negara pertama bagi penerbangan antarabangsa pilihan MYAirline dengan rata-rata netizen teruja dengan harga promosi RM99 ditawarkan.
- Pelancaran kempen laluan penerbangan ini disambut baik dan mendapat komen positif orang ramai.
- “Thanks @flymyairlines.. I already booked mine with just RM250 around 10am + smooth booking experience with no hassle” – Netizen.
- Penawaran kempen promosi MYAirline itu adalah bagi tempoh perjalanan dari 28 Jun hingga 28 Oktober 2023.
KUALA LUMPUR – Thailand menjadi negara pertama bagi penerbangan antarabangsa pilihan MYAirline dengan rata-rata netizen teruja dengan harga promosi RM99 ditawarkan.
Laluan penerbangan itu akan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok mulai 28 Jun ini.
Antara netizen teruja ialah pengguna Facebook, Shafiq Edris yang mengatakan dia sudah membeli tiket promosi ke Bangkok itu.
“Dah beli.. Return 2 orang 500,” katanya
Ada komen yang memberi cadangan penambahan penerbangan destinasi pilihan di Thailand, antaranya ke Krabi dan Chiang Mai.
“Yay!! Hope you guys will expand to more places such as Chiang Mai, Krabi, Phuket and Udon Thani,” komen Bruce Jovi.
Akaun instagram @normanlee0130 berkongsi pengalaman lancar ketika proses membeli tiket secara atas talian.
“Thanks @flymyairlines.. I already booked mine with just RM250 around 10am + smooth booking experience with no hassle,” komennya.
Selain itu, ada juga yang tidak bernasib baik untuk membeli tiket promosi ini.
“Cannot search lah, no flight available,” komen @erin_wong1211.
Dalam pelancaran promosi itu semalam, MYAirline menawarkan kempen tambang asas sifar untuk penumpang terawal.
Penawaran kempen promosi MYAirline itu adalah bagi tempoh perjalanan dari 28 Jun hingga 28 Oktober 2023. – The Merdeka Times
Sumber: Instagram, Facebook MYAirlines
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya